Followers

Thursday, August 2, 2012

♥ Suami, Isteri Hamil Tujuh Bulan Maut Dirempuh Bas ♥

KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri, yang menanti kelahiran cahaya mata kedua maut selepas dirempuh sebuah bas sekolah dalam satu kemalangan di Jalan 15/56 AU 3, Keramat di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, mangsa Hafeeze Mohd Hanafi, 30, bersama isterinya Siti Noor Edayu Roslan, 26, yang hamil tujuh bulan, menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda Z, dirempuh dari belakang semasa berhenti di satu persimpangan lampu isyarat.

Ketika kejadian, Hafeeze, seorang anggota tentera yang bertugas di Bahagian Gaji, Kementerian Pertahanan di sini dalam perjalanan menghantar Siti Noor Edayu, kerani di sebuah syarikat di Cheras.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning, berkata ketika berhenti di satu persimpangan lampu isyarat, mereka dilanggar bas berkenaan yang datang dari arah Flat Polis Cempaka menghala ke Taman Setiawangsa.
Beliau berkata kejadian itu dipercayai berlaku ekoran kegagalan pemandu bas mengawal kenderaannya ketika menuruni bukit lalu melanggar mangsa yang sedang berhenti di belakang sebuah bas sekolah yang lain di persimpangan itu.

Pelanggaran itu menyebabkan pasangan itu tersepit di antara dua bas. Mereka meninggal dunia di tempat kejadian.
“Kita masih menyiasat…bagaimana bas itu hilang kawalan. Mungkin ia berpunca daripada kegagalan sistem brek,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS). Beliau berkata mayat mereka dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.
Sementara itu, dua saksi yang ditemui di lokasi kejadian menyifatkan kemalangan tragis itu berpunca daripada bas yang dipandu laju ketika menuruni bukit yang curam sehingga gagal dikawal dan bergesel dengan sebuah kenderaan sebelum merempuh sebuah motosikal.

Saiful Azhar Ismail, 39, berkata beliau yang dalam perjalanan ke tempat kerja melihat bas sekolah yang menuruni bukit dengan laju cuba mengelak sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan sebelum merempuh pasangan suami isteri itu.
“Sebelum melanggar motosikal itu, saya nampak bas tersebut cuba mengelak kereta Mercedes, lalu menghentam motosikal yang dinaiki mangsa di hadapannya, menyebabkan mereka tersepit di antara dua bas,” katanya.
Khairi Azwan, 29, pula berkata kemalangan maut itu melibatkan sekurang-kurangnya sembilan kenderaan iaitu dua bas, lima kereta dan dua motosikal.
“Saya turut membantu mangsa yang cedera dan sempat membawa keluar pelajar-pelahar sekolah dari bas berkenaan.

“Saya lihat pemandu bas yang merempuh kenderaan itu hanya mengalami kecederaan di lutut,” katanya yang ketika itu dalam perjalanan ke kedai runcit berdekatan.
Dalam pada itu, bapa Siti Noor Edayu, Roslan Jalil, 53, berkata kehilangan anaknya adalah sesuatu yang di luar jangkaan ketika mereka semua menanti kelahiran anggota keluarga baru.

“Saya tidak sangka perkara ini boleh berlaku ke atas anak saya. Namun, saya terima takdir ini dan reda beliau sudah tiada,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat HKL.
Pasangan itu meninggalkan seorang anak lelaki berusia dua tahun. – BERNAMA

p/s Al Fatihah untuk keluarga mangsa...naik motor ni mmg berisiko, oleh yang demikian mohon kenderaan like kereta, bas, lori lebey bertimbang rasa dgn penunggang & pembonceng motosikal...ingat anak2 serta kuarga yang mereka tinggalkan...Ajal maut di tangan tuhan...


9 comments:

Gieyana said...

sedih bila dgr story nie kan..alfatihah utk arwah..

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

sebak hati..tentera tue kwn jue...tu yg buat lagi sedih tue

Kak Izan said...

Al fatihah.. :(

syawalsimpsons said...

al fatihah

Salina@IbuAqil said...

Al-Fatihah & salam takziah buat kerluarga arwah..

Si Matatajam said...

Sebak rasanya..Alfatihah untuk arwah..

Wanieys said...

alfatihah...sebak wani baca...kesian anak kecil yg kehilangan kedua ibu bapa serentak...

Eliss Mie said...

dah la arwah ada anak sorang lagi. kesian dah jadi yatim piatu..Al-Fatihah

eima said...

aku sedih sbb memikirkan anak yg ditinggalkan tu ... yatim piatu die ... dah la nk raya .. sebak aku smlm ... aku sedih hanya kerana anak tu ... terbyg klu sesuatu terjadi kat aku ape akan jd ngan anak2 aku ... itu yg buat sebak ...

ape la nasib anak sulung arwah ... mesti die rindu ngan mama die nanti kan ... budak 2 tahuna pe yg die tahu .... rasa nk menangis dah skrg ni....

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.