Followers

Monday, December 31, 2012

♥ Perh....Obsesi Fareeda ♥

Mamy terbaca kat FB kawan mamy, this komen from someone rasanya (Kat FB)
rumah kawan mamy tu mmg berdekatan sangat2 la dgn kedai ni
dia pernah citer kalo time sale, diornag bawak toto & anak2 tido kat CIMB kat situ
mmg obsesi betul la kalo camtu...

mamy pernah tengok kat Youtube pasal benda2 ni...
mmg beratur amik nombor dulu then leh masuk pun dalam 10 orang kot, pehtu leh beli 2 helai je
kalo nak beli banyak kena beratur lagik sekali...
mamy pernah tengok youtube Jehan Miskin & Fizo Omar pi Butik Fareeda ni


ni gambo yang di rakamkan oleh pengadu masa time sale rasanya...

My open letter to Fareeda Bangi. Thinking of following-up with letters to Local Authority, DUN and MP. Anybody can suggest proper procedure/hierarchy?


Salam Butik Fareeda, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi.

Gambar ini menunjukkan salah satu kereta daripada berpuluh-puluh buah kereta, yang dimiliki oleh pelanggan Fareeda, yang meletakkan kereta/parking di hadapan pintu pagar rumah saya sekaligus menghalang laluan kereta saya untuk keluar/masuk dari rumah sendiri.

Gambar ini diambil pada hari Sabtu, 22/12/2012 pada jam 11 pagi. Walaupun pagar rumah saya DIBUKA LUAS dan kereta saya diletakkan di laluan dalam rumah, namun pelanggan kurang bijak ini masih parking di hadapan pintu pagar rumah saya dan menghalang laluan. Walaupun pelanggan Fareeda ini meninggalkan nombor telefon tetapi hanya menjawab panggilan selepas beberapa kali dihubungi. 

Apabila pelanggan ini akhirnya muncul untuk mengalihkan keretanya, dia menjawab "ya" apabila ditanya adakah dia pergi ke butik Fareeda, dan ditangannya menjinjing dua beg kertas Fareeda.

Walaupun butik Fareeda tidak boleh mengawal tahap intelektual dan kesedaran sivik para pelanggannya, namun seharusnya tanggungjawab sosial butik Fareeda kepada penduduk sekeliling Seksyen 8 harus dituntut dan dititik beratkan. Sewajarnya butik Fareeda mengamalkan sistem pembelian yang lebih efektif dan tidak menyusahkan pelanggan dan penduduk setempat. Sewajarnya lagi pemilik Fareeda mencari lokasi yang tidak berhampiran dengan kawasan perumahan, contohnya di kawasan perniagaan 3B Curve atau Paragon. Tentunya tidak mendatangkan masalah kepada pemilik Fareeda yang telah mengaut keuntungan, untuk melaksanakan salah satu daripada cadangan tersebut.

Ingin juga saya menambah, ketika Jualan Masyhur yang berlangsung baru-baru ini, pelanggan-pelanggan tegar Fareeda telah berkampung/bermalam seawal jam 12 malam di kaki-kaki lima kedai di sekitar kawasan rumah saya. Saya juga terkejut apabila mereka telah beratur panjang pada jam 6.30 pagi, dan barisan ini memanjang sehingga ke kawasan perumahan. Ini mendatangkan rasa tidak selesa dan tidak selamat kepada saya dan keluarga.

Suka saya berpesan kepada pelanggan-pelanggan Fareeda supaya menunjukkan kalian Nyata Jelita juga mempunyai akal fikiran, timbang rasa, kesedaran sivik, tanggungjawab sosial dan sikap berhemah yang setimpal dengan harga tudung yang anda beli/pakai. 

p/s dasyat gak ek, mamy tak de pun tudung Fareeda ni...mamy pakai tudung biasa2 je...
tapi kalo berkampung dari tengah2 malam tu leh mengundang bahaya rasanya

p/s ape pendapat kengkawan?


10 comments:

Nieyl said...

ish3....

Iela Fazielah said...

setuju..ila dah bc dah p[asal open letter ni... tp rasanyer mmg butik fareeda kena pindah la... tp pelikkan...sanggup org beratur panjang semua

syawalsimpsons said...

sue pon ada baca..mmmm...bukan peminat tegar la fareeda ni..kikiki

Chekgu Azrine said...

To me owner butik should responsible on this matter..pelanggan dia tau apa..napsu membeli tudung tu mengatasi segalanya..huhu..nasib saya tak tergolong dlm golongan obsesi cm gitu..huhu..saya pkai tudung cap paridah je pun dh ok..hehe

atty's said...

hehehehe..kty umah pun dkt je..ngn butiknya..

semalam lalu mmg jem, nak parking pun nan hado..

kty bukan peminat tudung ni ,pakai tudung biasa2 sudah.

Mimie said...

gila kentang ramai org minat fareeda

Nana said...

xminat fareeda haha komen selamat

Afne said...

afne pn pakai fareeda tp koleksi taklah byk. diorg yg sanggup beratur pnjg (jgn tak tau suami diorg pn sanggup beratur & berebut tudung dgn org lain) ni samada reseller sah/seller sbb nk kaut byk2 then jual semula. klu afne setakat memakai ni mmg idak la sanggup bermalam dpn kedai hehe...

Ya ALya said...

Ya pki tudung fareeda untuk pki sendiri je....tp xpernah join beratur camni....

[-suziey-] said...

ntah la..bg kita org yg beli tudung fareeda ni sukakan pembaziran ..hrga beratus2 (kalau seratus tu ok lagi..) hnya utk sehelai tudung mostly pendek dan xmelepasi syarak..mereka ni pakai tudung hnya utk fesyen jek..masih kurang jelas erti menutup aurat..haih..sedih btl..

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.