Followers

Sunday, December 30, 2012

♥ Rebet RM200, Beli telefon pintar ikut kemampuan ♥


KUALA LUMPUR – Golongan belia dinasihatkan memahami bahawa tujuan di sebalik pemberian rebat RM200 oleh kerajaan adalah bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan memiliki telefon pintar.
Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, belia yang mampu membeli telefon pintar berharga lebih RM500 tidak perlulah memohon supaya peluang terbuka kepada individu lain yang kurang mampu memenuhi kuota 1.5 juta orang di bawah tawaran Pakej Komunikasi Belia itu.
“Jika mampu beli telefon pintar berharga RM1,000 hingga RM2,000, tidak perlulah mengharapkan bantuan kerajaan beli telefon.
“Belia perlu belajar tengok keperluan (rakan) yang lain, bukan tengok keperluan kita sendiri sahaja,” katanya kepada Bernama semalam.
Mohamed Maliki mengulas keresahan kalangan belia mengenai rebat itu yang hanya untuk pembelian telefon pintar berharga sehingga RM500.
Menurut beliau, telefon pintar dalam lingkungan harga tersebut tidak mempunyai fungsi yang mereka kehendaki dan meminta rebat RM500 itu dinaikkan.
Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi baru-baru ini dipetik berkata, telefon pintar 3G yang boleh dibeli melalui Pakej Komunikasi Belia itu untuk mendapatkan rebat RM200, hanyalah bagi telefon berharga sehingga RM500.


6 comments:

Chekgu Azrine said...

Setuju...bg peluang kt yg lbh ssh dan lbh memerlukan..

Nieyl said...

betul jgk tu kan...klu dah terlebih mampu..xperlu kot rebet..kasi kat yg lebih memerlukan... :)

Masya said...

iyerlah kalau dah mampu nak beli yg mahal bua apa nak mintak rebet pulakkan..

aSmiDar said...

selalunyer yg dah senang ni senag dpt..sbb mreka pnjang akal..ade jer idea nk dpt bntuan..

Zura@Iwan said...

boleh la adik try apply..hehe

Nafisa81 said...

apapun alasannya...koi tetap merasakan rebat telefon bimbit ni tak banyak bagi manfaat kpd rakyat. yelah limited utk 21-30 tahun sahaja.

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.