Followers

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Loading...

Tuesday, February 28, 2012

♥ Happy Birthday Aaron Aziz ♥







Baru-baru ini berlangsungnya satu parti harijadi kejutan bersempena sambutan harijadi pelakon sensasi, Aaaron Aziz di Bora Asmara anjuran kelab peminat Aaron Aziz, Aaronators. Mengikut informasi, seramai 140 orang peminat Aaron Aziz telah menghadiri acara berkenaan yang bertemakan biru dan putih. Jemputan dipilih melalui kuiz yang diadakan pada 4 dan 5 Feb lalu di mana 10 pemenang terpantas dengan jawapan yang betul mendapat jemputan ke majlis ini. Turut bersama isteri beliau untuk memeriahkan suasana. -Via

p/s kredit to izyan.com
p/s HERO kegemaran ramai...

♥ ISETAN Carnival SALE ♥

2-15 March 2012

Isetan KLGP Carnival

Up to 70% Discount

Watch out for the many specials and promotions
specially during the KL Grand Prix Sale period.
Brands Offered
Folli Follie
Calvin Klien
Marc Jacobs
Guess
Kipling
Raoul
Van Laack
Nautica
Mr. Miller
Men’s Mono
Geox
Levi’s
Dockers
Lacoste
Ice-Watch
and many more
Products Offered
Ladies Apparel
Men Apparel
Kids Apparel
Handbags
Accessories
Shoes
Golf Equipments
Lingerie
Toys
Kitchenware
Beddings
Home Decor
Furnishings
Food
Location
Isetan
@
KLCC
Lot 10
The Gardens

♥ Resepsi Majlis Yusry & Lisa Surihani ♥








kelmarin berlangsungnya majlis resepsi Lisa Surihani & Yusry di Putrajaya International Convention Center (PICC). Majlis yang berlangsung penuh meriah ini dihadiri oleh ramai rakan artis dan juga ahli keluarga serta media.
Apa yang pasti, Lisa dan Yusry kelihatan secocok bersama. Mari lihat gambar mereka berdua yang diambil olehEszhan Studio.


p/s tak sempat nak update blog, unifi problem kat rumah, so update gambar2 je...kredit to ohbulan

Monday, February 27, 2012

♥ VIDEO - Eksklusif Walimatul Urus Yusri & Lisa Surihani From Astro transformed To YouYube ♥

Bagi kengkawan yang tak dapat tengok Walimatul urus bahagian 1 mereka kat Astro
mama tepek Video deme from Youtube k...
mama pun tak habis tengok, lagi sikit je nak habis bahagian satu ni


untuk tontonan, sila klik link dibawah k....


p/s sangat sweet kisah deme ni....

♥ Foto Majlis Perkahwinan Ana Raffali & Ahmad Aznaim ♥






Tahniah OHBULAN! ucapkan kepada pasangan pengantin baru, Ana Raffali dan Ahmad Aznaim kerana telah selamat dan sah bergelar suami isteri.
Manakala maaf kepada pembaca dan peminat setia OHBULAN! serta Ana Raffali kerana lambat memuatnaik gambar di majlis pernikahan Ana Raffali dan Aznaim. Jurugambar khas kami, Eszhan Studio telah merakamkan detik-detik di sekitar majlis pernikahan siang tadi. Enjoice ya!
p/s tahniah juga untuk kedua pasangan ini...semoga berbahagia

♥ Foto Edited Pernikahan Yusry & Lisa Surihani ♥







Kredit sepenuhnya kepada Blisscandid

p/s tahniah untuk mereka berdua...unifi problem kat rumah, so tak leh nak update blog sangat...

Friday, February 24, 2012

♥ Berabih Duit Kerana dia..... ♥

Demi mu anak...ape pun kami sanggup...untuk masa depan kan...dari kecik kena didik
dari kecik kena asuh...

ni semua rutin seharian balqis la
now dah tak pakai diaper so duit jimat diaper tu 
bawak ke lain plak, belikan pelbagai vitamin untuk balqis....

tiap2 ari time pagi b4 pi school balqis makan
Examo 2 biji
Vitamin C 2 biji 
Multivitamin 1 biji...

blah petang pun makan kuantiti yang sama gak...
untuk supplement 
tak lupa gak Kismis Tok Guru untuk kuatkan daya ingatan balqis...
mama ajar selawat b4 makan semua ubat
tapi dok berjanggut jugak la nak tunggu dia selawat 3 kali 
sebab bacanya sebutir2 kan
ubat jangan kira la semua ada sticker Hello Kitty
daya tarikan yang terunggul k..
Alhamdulillah balqis suka makan kismin
11 biji pagi & 11 biji malam....
tiap2 hari tanpa gagal...
dah jadi rutin mama tak leh lupa k
susu untuk b4 pi school & b4 tido malam,
mesti minum susu punyer, kat daycare minum jugak tapi kadang2 dua kali je
then susu Dutch Lady Kid untuk bawak pi school ari2...
minum tambah tenaga...air masak satu botol. make sure mesti habis k..
vitamin, mama suka bagi Appeton punyer sebab ada Alphabet so b4 makan leh belajar mengenal huruf..
ada tak vitamin yang berbentuk nombor....
sambil makan sambil belajar...

p/s ada citer sedey pasal mama + balqis, now we all tak berapa sihat disebabkan masalah kesihatan...
nanti mama citer minggu depan k...

♥ Foto Pernikahan & Lisa Mahu Jadi Lebih Baik Di Sisi Yusry ♥





“Biasanya apabila kita bersama orang tersayang, kita mahu menjadi diri sendiri. Tetapi apabila saya bersama Yusry, saya mahu menjadi lebih baik lagi,” komen Lisa Surihani apabila ditanya tentang keistimewaan Yusry sehingga berjaya menambat hatinya.
Dalam masa yang sama, heroin filem ‘Istanbul Aku Datang’ ini juga mengakui dia sudah dapat merasakan Yusry adalah yang terbaik untuk dirinya semenjak di awal perkenalan lagi.
“Awal-awal lagi kami telah buat keputusan untuk mengambil serius dengan perhubungan kami. Bukan try and error. Apabila perhubungan kami sampai ke tahap ini, sudah pasti saya rasa gembira dan bersyukur. Bagaimanapun, saya juga berasa agak sebak kerana terkenangkan arwah ayah yang sudah tiada,” ujar Lisa sambil menggenggam erat tangan Yusry.


Sementara itu, Yusry juga berkongsi tentang perasaannya sebelum acara akad nikah bermula. Jelas Yusry, walaupun ini pernikahan kali kedua buat dirinya, tetapi dia tetap merasa gementar.
“Terus-terang saya katakan, saya merasa gementar walaupun nampak tenang. Selepas Lisa sah menjadi isteri saya, barulah rasa lega,” ujar Yusry berterus-terang.
Sama seperti Lisa, Yusry juga diminta menjelaskan sebab-sebab yang membuatkan dia tertawan kepada Lisa. Jelas lelaki ini, terlalu banyak sebab yang membuatkan dia jatuh cinta.


“Di mata saya, Lisa tidak punya kekurangan. Semuanya sempurna. Saya tertarik dengan budi bicara dan tingkah-lakunya. Lisa seorang yang lemah lembut, sopan-santun, menghormati orang tua, serta pandai mengambil hati kanak-kanak. Sepanjang perkenalan kami, tidak pernah sekali dia meninggikan suara kepada saya. Jadi tidak keterlaluan kalau saya katakan, Lisa berjaya membuka pintu hati saya untuk bercinta lagi,” ujar Yusry.


Terdahulu, pasangan popular ini tampil membuat pengumuman tentang majlis perkahwinan mereka pada 24 Disember 2011. Dalam sidang media yang juga diadakan di Hotel Marriot, Putrajaya itu, pasangan ini turut memberitahu yang mereka memilih untuk tidak bertunang.
Seperti yang GUA laporkan sebelum ini, pihak pengantin lelaki telah menyerahkan tujuh dulang hantaran kepada pengantin perempuan. Manakala, pengantin perempuan membalas dengan sembilan dulang hantaran. Berikut adalah senarai hantaran daripada kedua-dua belah pihak:-


Hantaran pengantin lelaki
1) Tepak Sirih
2) Cincin Perkahwinan
3) Mas Kahwin ( seutas rantai platinum)
4) Wang Hantaran (jumlahnya dirahsiakan)
5) Kelengkapan Solat
6) Manisan Kristal
7) Kek berperisa vanilla

Hantaran pengantin perempuan
1) Tepak Sirih
2) Cincin Perkahwinan
3) Kelengkapan Solat
4) Koleksi Cakera Padat Kumpulan The Beatles
5) Alat muzik Keyboard (dipersembahan dalam bentuk bingkai gambar)
6) Kelengkapan pakaian lelaki
7) Coklat
8) Kek
9) Bunga rampai


p/s sekali lagi tahniah untuk mereka berdua, semoga berbahagia...sumber dari info bercampur2 k...

♥ David Teo Hadiahkan Seutas Gelang BERLIAN untuk Lisa Surihani ♥



Tahniah lagi OHBULAN! ucapkan terhadap kedua-dua pasangan suami isteri baru, Lisa Surihani & Yusry. Masuk kali ini, entah kali keberapa sudah kami ucapkan perkataan yang sama. Tapi tak apa lah, yang penting mereka bahagia.
1,2,3,4,
5,6,7,8,
Lisa Surihani & Yusry kasi rapat-rapat,
Nanti dapat Baby tahun depan.

Itulah pantun 4 kerat khas dari David Teo yang membuatkan para hadirin ketawa. Sejurus selepas selesainya mereka berdua diijabkabulkan, kehadiran David Teo juga merangkap “bos besar” kepada Lisa Surihani telah menarik perhatian ramai rakan media. Apa tidaknya, perkahwinan Lisa Surihani & Yusry umpama penyatuan dua buah syarikat produksi terbesar di Malaysia, iaitu KRU Studios dan Metrowealth International Group (MIG).
Insan mana tidak rasa bertuah pula kan? Lisa Surihani telah menjadi orang yang paling beruntung sekali selepas dinikahkan, David Teo hadir bersama isterinya dan telah menghadiahkan seutas gelang berlian kepada Lisa Surihani. Yusry turut menerima sekotak kecil hadiah, namun hanya Lisa yang mendedahkan kepada media selepas disuruh David.
Untunglah empunya badan, kepada para peminat semua, mari kita mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua ya!
p/s wah bestnya....tahniah untuk mereka berdua....

Thursday, February 23, 2012

♥ Journey Balqis @ Genius Aulad - Parents Sharing Day ♥

This coming Saturday kena kosongkan jadual
sebab kena attend Parents Sharing Day
time untuk Ibu Bara tau perkembangan anak2 & teacher bagitau perkembangan student..
so time ni leh sediakan soalan ape nak tanya ye...


balqis punyer slot pukul 8.00pagi sampai 10.00pagi...
semua parents kena menepati waktu yang telah ditetapkan k
supaya timing untuk parent lain tak bercanggah...

p/s weekend ni beriadah kat MPH plak, lepak2 sambil tambah Ilmu...

♥ Siaran Eksklusif Dokumentari Pernikahan Yusry & Lisa Surihani ♥

 Setelah hampir lebih setahun menyulam cinta dan mengenali hati budi masing-masing, pasangan selebriti Yusry Abd Halim dan Lisa Surihani akhirnya mengambil keputusan memeterai hubungan kasih mereka dengan ikatan yang lebih sempurna.
Pasangan sama cantik dan sama padan ini, telah memilih tarikh 23 Februari 2012, sebagai hari bersejarah untuk mereka melangsungkan majlis pernikahan di Hotel Marriot Putrajaya selepas waktu Maghrib.
Majlis resepsi kedua-dua belah pihak pula akan menyusuli secara serentak pada 26 Februari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dalam majlis yang bakal dihadiri ahli keluarga, para tetamu kenamaan, rakan-rakan media dan selebriti tempatan.
Bersempena dengan majlis perkahwinan pasangan selebriti terkenal yang ditunggu-tunggu ini, Astro dengan bangganya membawa sebuah dokumentari eksklusif dalam 2 episod yang akan menjejaki kisah cinta mereka sejak awal perkenalan sehingga berakhir ke jinjang pelamin, hanya di Astro Ria.
Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Encik Nizam Sani berkata, “Kami di Astro khususnya Astro Ria amat berbesar hati untuk meraikan majlis perkahwinan aktres jelita Lisa Surihani dan pasangannya Yusri, seorang penyanyi, pelakon, pengarah dan penerbit muzik yang memegang testimonial pelbagai kejayaan dalam industri hiburan tanahair dengan memberikan paparan eksklusif majlis perkahwinan mereka.
Istimewanya dokumentari yang disiapkan khusus bagi meraikan pasangan pengantin ini ialah apabila ia bakal merungkai rahsia sepanjang percintaan mereka yang belum pernah dikongsi dengan mana-mana pihak sebelum ini.”
Di samping kisah romantik mereka, dokumentari ini juga akan memaparkan setiap detik persiapan perkahwinan, upacara akad nikah dan majlis persandingan.
Episod 1 yang akan disiarkan pada 25 Februari, pukul 10 malam akan meneliti profil pengantin lelaki dan perempuan, kisah cinta mereka daripada kaca mata mereka sendiri serta  kenalan dan ahli keluarga, serta persiapan perkahwinan.
Para peminat Yusri dan Lisa semestinya ingin mengetahui secara lebih lanjut tentang detik perkenalan awal mereka berdua. Siapakah yang memulakan langkah pertama dan bagaimanakah reaksi insan-insan yang seharusnya sentiasa rapat dalam kehidupan mereka berdua?
Antara kenalan mereka yang akan ditemubual  dalam dokumentari ini ialah seperti kedua beradik Yusry Norman dan Edry, teman-teman rapat, ibubapa termasuk temubual dari penerbit filem David Teo yang telah menggilap bakat Lisa hingga menjadi seorang bintang serta temu ramah bersama wartawan hiburan dan juga rakan artis seperti Liyana Jasmay & Erra Fazira.
Apakah pula perubahan ketara yang ditunjukkan oleh Yusri dan Lisa, apabila kedua-duanya dilamun cinta? Tahukah peminat bahawa temujanji pertama Yusry ialah bersama ibu Lisa, Puan Siti Amira dan bukan anak gadisnya Lisa? Semuanya akan didedahkan di episod pertama dalam dokumentari ini.
Di Episod 2 pula yang akan disiarkan pada 3 Mac 2012 pada pukul 10 malam, dokumentari ini bersambung di upacara akad nikah, persiapan terakhir majlis persandingan, liputan majlis persandingan dan pengakhiran sesi temubual bersama pengantin lelaki dan perempuan tentang perancangan dan harapan masa depan mereka.
Antara paparan  menarik yang akan dikongsikan bersama penonton ialah tentang konsep perkahwinan Yusry dan Lisa khususnya tema, makna di sebalik warna serta pakaian yang dipilih mereka. Di satu babak juga, Ibu Lisa akan bercerita tentang kerisauannya kerana Lisa dan Yusry sentiasa sibuk dan banyak perkara yang belum siap.
Untuk terus berkongsi kebahagiaan tentang kisah cinta Yusry dan Lisa, jangan ketinggalan untuk menonton kedua-dua episod dokumentari eksklusif ini hanya di Astro Ria saluran 104 pada 25 Februari dan 3 Mac 2012 pada pukul 10 malam.
p/s Semoga Berbahagia.....

♥ Kata2 Dari Mulut Seorang IBU adalah Doa ♥

Kata2 dari mulut seorang ibu memang satu doa untuk anak2nya kan..
entry ni nak mengungkap kembali peristiwa pada suatu hari kami ke pasar
dalam kesesakan orang ramai, ada satu family ni tengah rushing nak beli air
ada dua beradeq & mom dia la, mom budak ni bagi duit kat abang kepada budak ni
then soh beli air, tapui adeqnya dok menangis sebab nak pegang duit yang mom dia kasi
mengamuk2 la budak yang kecik tu...umur budak kecik tu around umur balqis la dalam 5 tahun kot
then yang abang tu umur dalam 8 tahun camtu

then si abang ni tak kasi gak duit tu, dia nak pegang, so bergaduh la dua beradeq ni
then nak tau ape yang jadi?mak dia dengar dari jauh anak dia ni bergaduh dok rebutkan duit tu
sepantas kilat mak dia datang dari jauh then pi kat si abnang tadi lalu berkata
"ko bagi duit tu kat adeq ko, kang aku pukul sampai mati plak budak ni"
sime tu siabang masih lagik tak bagi, yang adeq masih menangis2
then mak dia berkata lagi
"eeiii...degil betul la budak ni, bodoh betul, kan aku cakap bagi kat adeq ko, ko dengar tak"
sambil mak budak tu piat2 telinga si abang tu...lalu menangis la abang tu teresak2
lepas kena piat tu, mak dia dok membebel lagi
"bodoh betul la budak ni, nyusahkan aku je, soh beli air pun nak bergaduh2"...

time tu kat PASAR MALAM k, ramai orang semua orang tergamam tengok mak budak tu 
termasuk la mama k, dasyat tol kata2 yang kuar dari mulut mak budak tu...
sian budak tu, bukan salah besaq sangat pun sampai kata2 camtu mak dia cakap

kata2 dari mulut ibu tu merupakan doa, selama mama membersarkan balqis
jujur mama katakan tak pernah lagi kuar kata2 camtu...kalo nakal camne sekali pun
marah camne sekali pun, tak kan kuar kata2 yang merupakan doa dari seorang ibu untuk anak...

sadis tol la budak tu, mak dia memang tak cover punyer la nak marah2, selamba je depan orang ramai...



p/s kengkawan pernah tengok tak kejadian camtu?

Wednesday, February 22, 2012

♥ VIDEO - Doa Makan Versi Balqis ♥

Biler tengok anak membesar dengan jayanya hati rasa tersentuh...
rasa lebey tersentuh biler now since dah school balqis dah semakin matured 
dah banyak benda baru yang balqis belajar..
b4 this balqis memang dah tau baca doa makan,
tapi ada sangkut2 jugak la...now dah ok...
jom layan video kat bawah ni

video


video

now sejak tau selawat tiap2 ari balqis selawat
memang tak lekang dari mulut dia...
kalah la mama selawat, balqis lagi rajin selawat k
now kalo lepas habis azan, balqis akan iqamah...
Alif Ba Ta dah pandai sampai Ya...

yang paling bangga now dah pandai cara2 ambil wuduk then baca Al Fatihah...
nak tengok balqis membaca plak ke?
pasni mama upload video balqis membaca plak k...

p/s setiap anak ada kelebihan masing2 dan kita tak leh samakan anak kita dengan anak orang lain
cara penerimaan setiap kanak2 pun tak sama...
yang penting kita kena bagi support anak2 kita...tol tak?

♥ My Dear WareHouse Sale ♥

23 February – 4 March 2012

Baby & Children Warehouse Sale

Products Offered
Baby Cot
Safety Grill
Crib Spring
Hammock Spring Cradle
Car Seat
Playpen
Bouncer
Battery Operated Car
Stroller
Buggy
Mattress
Baby Walker
and more
Time
9am – 7pm
Location (603 8060 0093/603 8060 0095)
34, Jalan Meranti Jaya 10
Meranti Jaya Industrial Park
47120 Puchong

♥ Farah Asyikin Imej Bertudung ♥

Penyanyi Farah Asyikin, bintang OIAM membuat penampilan baru dengan imej bertudung melalui laman Twitternya@farahasyikin, baru-baru ini. Melalui laman tersebut juga, Farah Asykin berhasrat untuk membuang gambar-gambar peribadi yang terdedah dan biarkan ia menjadi satu sejarah.
Pada masa yang sama, Farah berharap agak perubahan ke arah kebaikan ini tidak disalah anggap sebagai satu publisiti, sebaliknya mengharapkan orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya.
p/s Alhamdulillah perubahan ke arah kebaikan...kredit to Oh Bulan

♥ FELLA Design WareHouse Sale ♥

From 24 February 2012

Fella Design Warehouse Sale

The biggest annual warehouse sale.
EVERYTHING has to be cleared!
100 000 sq. ft. space brimming with thousands of quality
home solutions at really great discounts and unbelievebly
low prices!!! HURRY!
Products Offered
Furniture
Sofas
Chairs
Curtains
Lightings
Diningware
Time
9am – 8pm
Location (603 7842 4025)
Lot 2791
Persiaran Elektron
Bukit Subang
Seksyen U16
40160 Shah Alam
p/s antara Fella Design & Ikea Kengkawan suka yang mana, Fella ni dekat je dengan rumah kami, so leh la pi nanti

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.