Followers

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Loading...

Friday, March 30, 2012

♥ Lawak Memang Lawak ♥

lawak k, ape yang untungnya ek?

♥ Beza Memang Berbeza ♥

ape yang bezanya?cer baca cer baca....

♥ Reject Shop WareHouse Sale ♥

28 March – 1 April 2012

Reject Shop Warehouse Sale

Discounts Up to 70%!

Prices from RM3
Never Pay Regular Prices Again.
Products Offered
Ladies Apparels
Mens’ Apparels
Kids Apparels
Accessories
Household Items
Brands Offered
Intercrew
Omphalos
Chaps
Liverpool
Cherokee
Faded Glory
725 ORG
Mexx
Justice
Hanes
Cedarwood
Point Zero
St. John Bay
Arizona
Urban Republic
Palo Mino
Divided
Waikiki
TK Track
Resoul
Holophrase
Time
10am – 8pm
Location (1800 888 865)
Metrojaya Warehouse
No.15
Jalan Ragum 15/17
Seksyen 15
40000 Shah Alam
Selangor

♥ PONEY & RENEW Clearance Sale ♥

23 March – 1 April 2012

Clearance Sale

Up To 70% Discount

Products Offered
Apparels
Kids Apparels
Accessories
and more
Brands Offered
Poney
Baby Poney
Renew
Time
10am – 10pm
Location
Cheras Leisure Mall
Level 1 Concourse

Monday, March 26, 2012

♥ BE Terbaru ♥

Alhamdulillah dapat BE terbaru lagik dari Nuffnang
moga leh running laju2 k, pastu leh cash out lagik duit Nuffnang...

♥ Irma Hasmie selamat mengikatkan tali petunangan♥



Irma Hasmie selamat mengikatkan tali petunangan bersama ahli perniagaan, Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan, 31 dalam majlis yang pernah keserdahanaan di kediamannya yang terletak di Desa Coafield, Sungai Buloh, petang semalam.
Irma Hasmie yang mengenakan busana rekaan Hatta Dolmat menerima kunjungan pihak lelaki seramai 30 orang dengan 7 dulang hantaran berupa sebentuk cincin, buah-buahan, kek, manisan kurma, sejadah dan telekung, set persalinan wanita dan set wangian.
9 dulang hantaran dibalas kepada pihak lelaki berupa persalinan lelaki, buah-buahan, kek, manisan kurma, sejadah, set mandian, shaver, sirih junjung, buku motivasi dan coklat.
Daripada hasil perbincangan antara kedua-dua keluarga, Irma Hasmie dijadualkan akan bernikah pada 1 Julai 2012 & majlis resepsinya akan diadakan pada 7 Julai 2012.
Majlis pertunangan itu turut dihadiri rakan-rakan artis seperti Wardina dan Anne Ngasri.

♥ Pureen Stock Clearance Sale ♥

21-22 April 2012

Pureen Stock Clearance Sale

Products Offered
Baby Diapers
Baby Apparels
Baby Toiletries
Baby Accessories
Kids Toiletries
INCO Adult Diapers
Adult Toiletries
Maternity Pads
Brands Offered
Pureen
Pureen Basic
Pureen Pride ‘N’ Joy
Tracia
Dr.Mist
Time
10am – 6pm
Location (603 7628 8888)
Summit Company (M) Sdn. Bhd.
Lot 6, Jalan 19/1
46300 Petaling Jaya

♥ Rozita Che Wan - Dulu & Kini ♥




Friday, March 23, 2012

♥ Indonesia: KL setuju satu tugas, gaji RM700 - Ape Kata Anda? ♥

KUALA LUMPUR - Dasar seorang pembantu rumah satu tugas dengan bayaran gaji minimum RM700 sebulan telah dipersetujui oleh Malaysia pada mesyuarat Pasukan Petugas Bersama di Putrajaya awal Januari lalu, demikian dakwa pegawai Kedutaan Indonesia, hari ini.

Sehubungan itu menurut Menteri Penasihat Kedutaan Indonesia, Suryana Sastradiredja, tidak timbul soal pihaknya melaksanakan sesuatu di luar kandungan memorandum persefahaman (MoU) dan perkara yang dipersetujui oleh Malaysia dan Indonesia tahun lalu.

Pasukan Petugas Bersama dibentuk bagi membincangkan perincian MoU yang ditandatangani pada 30 Mei 2011.

Pada mesyuarat 10 Januari lalu, kata Suryana, pasukan tersebut telah mencapai persetujuan iaitu tugas pembantu rumah merangkumi empat jenis latihan yang ditawarkan iaitu pembantu rumah, pengasuh, penjaga orang tua dan memasak.

"Di mana majikan Malaysia hanya boleh pilih satu bidang tugas.

"Jika majikan memerlukan pembantu rumah membuat tugas tambahan, mereka perlu membuat perjanjian dan bersetuju dengan bayaran tambahan yang dipersetujui bersama (oleh majikan dan pembantu rumah),” kata beliau kepada Sinar Harian Online dalam satu pertemuan semalam.

Mengulas mengenai reaksi pemimpin negara ini yang menegaskan, Malaysia tidak pernah bersetuju dengan peruntukan itu, Suryana berkata, beliau sendiri tidak faham dengan perkembangan.

Katanya, kemungkinan wakil Malaysia dalam pasukan petugas itu tidak memaklumkan perkara yang dipersetujui kepada pemimpin mereka termasuk menteri.

"Sedangkan pada mesyuarat Pasukan Petugas Khas itu terdapat wakil antara kedua-dua negara dan mereka juga maklum mengenai persetujuan itu," katanya.

Minggu lalu, Ketua Pengarah Pembinaan dan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Dr Reyna Usman berkata, gaji minimun RM700 akan dibayar kepada pembantu rumah Indonesia yang bekerja di Malaysia.

Reyna juga dilapor berkata, amah terbabit hanya akan melakukan satu tugas khusus sama ada sebagai tukang masak, pengasuh bayi, penjaga orang tua atau pengemas rumah.

Reyna mengetuai Pasukan Petugas Khas di pihak Indonesia.

Kenyataan beliau itu mencetuskan polemik dengan Malaysia mempertahankan bahawa akan berpegang pada kandungan MoU yang dipersetujui bersama tahun lalu.

Malah, Malaysia menegaskan soal gaji minimum RM700 dan satu tugas tidak pernah dipersetujui, dan tidak timbul.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula melahirkan kemusykilan beliau terhadap tindakan Indonesia menetapkan peraturan baru, antara lain memperuntukkan mereka hanya akan melakukan satu tugas khusus dengan gaji minimum RM700.

Kata Najib, peraturan baru yang diumumkan Reyna "tidak munasabah langsung."

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam pula berkata, terpulang kepada Indonesia mahu menghormati atau tidak MoU berkenaan,

Beliau menegaskan, kementeriannya tidak akan berbincang atau merangka semula MoU yang sudah dipersetujui oleh kedua-dua Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Indonesia, tahun lalu.

Menjelaskan isu ini, Suryana berkata, antara perkara lain yang dipersetujui ialah gaji minimun RM700 untuk satu pengkhususan tugas, pasport dipegang sendiri oleh pembantu rumah, satu hari kelepasan kerja (tidak kira hari, bergantung pada persetujuan bersama antara majikan dan pembantu rumah) serta majikan perlu membuka akaun bank untuk rekod pembayaran gaji.

Menurut beliau lagi, langkah itu diambil memandangkan sebelum ini tugas sebenar pembantu rumah tidak mempunyai justifikasi yang jelas, sehingga timbul beberapa masalah termasuk penderaan terhadap pembantu rumah yang gagal memenuhi kehendak majikannya, dan kes lari rumah kerana mereka tidak tahan bebanan kerja yang banyak.

“Sedangkan, tugas sebenar pembantu rumah ialah menguruskan kerja-kerja di rumah seperti mengemas, membasuh baju, menyapu, mengelap lantai dan mengosok pakaian.

"Namun, tugas mengasuh anak ataupun warga tua ialah satu bidang tugas lain kerana kedua-duanya melibatkan nyawa manusia.

“Adalah mustahil untuk mereka melakukan semua tugas itu dalam satu masa kerana tugas menguruskan manusia ini memerlukan kemahiran yang tinggi terutama mengasuh anak, khususnya bayi yang memerlukan kemahiran tertentu dan mereka bukan ‘superwoman’.

“Misalnya menjaga orang tua yang sakit memerlukan perhatian menyeluruh termasuk membersihkan diri warga tua dan memberi ubat ataupun suntikan... jika mereka dibebani dengan urusan tugas yang lain, boleh menimbulkan masalah di kemudian hari,” jelas Suryana.

Sehubungan itu, bagi memastikan bekalan tenaga kerja yang dihantar ke Malaysia benar-benar berkemahiran dalam bidang pengkhususan ini, maka sebab itulah kerajaan Indonesia mewajibkan mereka untuk menjalani latihan selama 200 jam.

Indonesia sebelum ini melaksanakan pembekuan sementara penghantaran pembantu rumahnya ke Malaysia berikutan beberapa kejadian penderaan.

Pembekuan sementara itu ditarik balik pada 1 Disember lepas, susulan kesepakatan yang dicapai Najib dan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono dalam pertemuan di Lombok, Nusa Tenggara Barat pada Oktober dan di Bali November lalu.

Indonesia sepatutnya memulakan penghantaran pembantu rumah ke negara ini mulai bulan ini. Bagaimanapun dianjak ke bulan depan.

Ditanya jika rakyat Malaysia menolak untuk mengambil khidmat pembantu rumah dari Indonesia, Suryana menegaskan, rakyat Indonesia sendiri jika mereka sudah mempunyai kemahiran yang tinggi, pasti tidak akan memilih negara ini untuk bekerja.

"Mereka pastinya akan memilih untuk bekerja di negara lain seperti Hong Kong, Singapura ataupun Arab Saudi yang menawarkan gaji yang jauh lebih tinggi berbanding di sini," katanya lagi.-sinar harian

p/s ape pendapat kengkawan?

♥ Ada BERANI?? ♥

takut tengok labah2 besaq ni...seram & geli tol la
tak pernah jumpa lagi yang besaq camni..
bisa dia mesti dasyat kan....

Thursday, March 22, 2012

♥ Di Larang Buang Sampai Merata2 Tempat ♥

ada sape2 nak buang kete dalam tong sampah?
LoL.....

♥ Cara Nak Sejukkan Air - Hu Hu.... ♥

leh try ye kalo tak de peti ais kat rumah...

Tuesday, March 20, 2012

♥ Confirm Tak Kan ROBOH punyer ♥

dah siap plaster  dengan cello tape k, sure tak kan roboh punyer banggunan ni....
believe me....ha ha ha ha ha....lawak jenaka di pagi hari...
kat opis kengkawan ada wat ni tak, atau ada yang pakai stapler?

♥ F.O.S Warehouse Sale ♥

22-25 March 2012

F.O.S Warehouse Sale

For 4 days only, F.O.S is having their Warehouse Sale
at Temasya Industrial Park.
Prices from as low as RM3!!
Products Offered
Apparels
Shoes
Night Wear
Bags
Accessories
Watches
Shoes
Socks
and more
Time
10am – 8pm
Location
No.18, Jalan Pelukis U1/46
Sekyen U1
Temasya Industrial Park
40150 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Monday, March 19, 2012

♥ Cabaran Si Pembuat Gaji ♥

Mama dah almost 5 years wat gaji...dah macam2 sistem mama pakai
dari satu company ke satu company
dugaan nak siapkan gaji tu memang banyak la, tapi takat ni tak pernah lagi gaji delay
mama tetap akan siapkan tak kira ape cara sekalipun
walaupun kadang2 kena stayback sampai lewat malam...
dah jadi tanggungjawab kan, kalo tak nanti semua ornag tak dapat gaji plak..

tapi dalam wat gaji ni ada satu perkara yang mama paling tak suka...
mama paling tak suka biler ramai yang dah tau keje mama proses gaji
so biler mama lepak makan kat cafe tiap2 pagi
ade je mulut2 yang akan betanya soalan
"bonus dapat ke, biler nak bayar"
"kenaikan gaji biler ye, banyak ke dapat"

mama paling tak suka nak jawab soalan tu...
selama mama wat payroll kat company mama, kawan satu dept pun tak tau
company bayar bonus untuk bulan tu....sebab mama memang kuat simpan rahsia
kalo bab2 keje ni, ni semua sensitiviti semua orang k
mama dah diamanahkan untuk menjadi seorang yang tahan rasa & jujur

3 perkara yang selalu mama tegaskan sejak mama wat payroll
P&C, Accurate & Time....
so biler ada yang tanya soalan2 kat atas tu, selalu mama akan jawab 
"tak tau la, tanya la HOD sendiri...."
rimas k kalo orang dok asyik tanya pasal benda tu je....

p/s lepas ni mama akan berubah angin....dapat rezeki lebey...same to papa jugak...hope papa pun ada rezeki lebey jugak...kita hanya merancang Allah yang menetukan segalanya....

♥ Stroller World GP Sale ♥

Until 15 April 2012

Stroller World GP Sale

Stroller World, Everything’s Baby.
ALL prices on Fire!!
Products Offered
Strollers
Baby Cots
Car Seats
and more
Brands Offered
Maclaren
Cybex
Quinny
Peg Perego
Visit your nearest Stroller World TODAY.

♥ Cukup Sampai Disini ♥

Minggu lepas blog tak berupdate...
bz memanjangkan, BE pun dah stop
cukup takat Rm30 lebey je, syukur rezeki gak tu...

p/s tahun ni banyak cabaran & perjuangan kami sekuarga, moga dipermudahkan segalanya...

Thursday, March 15, 2012

♥ Berita Tergempar!!! ♥

Berita Tergempar Hari Ini: Seorang kanak-kanak lelaki 2tahun ditemui mati terapung di Tasik Titiwangsa, K.L pagi ini(15 Mac) setelah hilang dari jagaan ibubapanya petang semalam. Kepada ibubapa awasilah anak-anak kita... 

p/s Kepada Keluarga mangsa, moga tabah hadapi segala ujian...

♥ Cer Teka Cer Teka - Ape Yang Pelik? ♥


Cer teka cer teka ape yang pelik dengan gambo kat atas tu?

♥ So Cool ♥

leh sejuk ke kalo wat camni ek?

lawak suggug orang yang wat gini...

♥ Our Weekend @ The Curve ♥

Last week pi jenjalan kat The Curve with Asyu Balqis
now kami dah ada kawan nak pi jenjalan, tak payah tunggu papa bawak leh pi sendiri...

kalo tiap kali pi The Curve kami suka tengok orang korea ni main piano
teror giler k, laju tol tangan dia tekan piano tu



video
mama paling suka kalo dia mainkan lagu Winter Sonata...

jom dengar muzik yang dimainkan

Wednesday, March 14, 2012

♥ Alhamdulillah Dah Selamat Register ♥

mama mencuba rezeki je masuk sekolah Subang Bestari ni
sebab sekolah ni kira the best gak la rankingnya
so susah sikit la nak masuk, lebey2 lagik biler tak de adeq beradeq yang school kat situ..
ape pun bergantung pada rezeki kalo dapat
kalo tak dapat nampak gaya maybe balqis kena sekolah kat area Mutiara Damansara
dekat sikit dengan opis mama leh pick up dia...

ape pun kita hanya merancang, segalanya ketentuan Illahi....
kengkawan dah register?

♥ Ada Berani? ♥


kalo di bayar berpuluh2 ribu ada tak sape2 yang sanggup rakamkan aksi seperti diatas?
hu hu hu takut...

♥ Ianya Bukan Lintah Habis Tu Ape? ♥





sebenarnya ini bukanlah lintah gergasi tetapi ular karung guni @ ular garib. ular ini hidup di air tawar, tidak berbisa, makan ikan tetapi boleh mengigit. 

p/s Ok dah jelas semuanya...bukan Pacat k...

Tuesday, March 13, 2012

♥ MyBookStore Book Fair ♥

5 March – 1 April 2012

MyBookStore Book Fair

Up to 70% Discount

Discounts on selected items.
Hurry over NOW for these great deals!
Location (603 6250 4422)
MyBookStore
Brem Mall
Concourse Area
Jalan Kepong
Kuala Lumpur

♥ Durian Merah ♥

takat ni tak pernah jumpa, selalu tengok kat website je...
sedap ke rasanya?kengkawan pernah makan durian isi merah ni?

♥ Lagi Kes Pembunuhan Kanak2 - Dirang Di Bakar ♥

JOHOR BAHRU: Misteri kehilangan kanak-kanak berusia lima tahun, Nurul Nadirah Abdullah, dari kediamannya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam pada 1 Mac lalu terjawab apabila polis mengesahkan dia mati dibunuh.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, mayat rentung yang ditemui berhampiran kediaman berkenaan pada 8 Mac lalu dikenal pasti sebagai mayat Nadirah atau lebih mesra dipanggil Dirang.

“Kami menemui satu mayat rentung di Nusa Damai di sini, pada 8 Mac lalu dan siasatan di lokasi kejadian berjaya menemui serpihan tulang.

“Kami juga berjaya mendapatkan sampel deoxyribonucleic asid (DNA) daripadanya. Ia dihantar ke makmal dan hasilnya mendapati ia sepadan dengan DNA ibu mangsa,” katanya, di sini, semalam.

Menurut Roslan, siasatan awal mendapati rangka berkenaan adalah milik manusia dewasa, tetapi selepas siasatan lanjut dijalankan, ia sebenarnya milik kanak-kanak malang itu.


“Berikutan pengesahan DNA itu, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh berbanding sebelum ini yang disiasat atas aduan orang hilang.

“Semua empat individu termasuk bapa kandung mangsa yang ditahan sebelum ini akan dilanjutkan tempoh tahanan reman bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurut Roslan, pihaknya juga belum dapat memastikan motif sebenar kejadian.

Roslan berkata, berdasarkan pemeriksaan di lokasi kejadian, mayat yang ditemui pada 8 Mac lalu itu rentung teruk hingga menyukarkan pihaknya membuat pengecaman.

Sebelum ini, penemuan serpihan rangka manusia di dalam kawasan ladang kelapa sawit Nusa Damai pada 8 Mac lalu menggemparkan penduduk sekitar kerana menyangka ia milik Dirang.


Rangka manusia yang awalnya disangka dewasa dibakar hingga rentung itu ditemui di dalam sebuah lubang oleh orang awam sebelum memaklumkannya kepada polis.


Siasatan awal polis mendapati serpihan rangka manusia berkenaan sudah dibakar lebih dari lima hari hingga menyukarkan proses untuk mengenal pasti identiti dan jantinanya.



p/s sangat kejam manusia zaman sekarang ni, sian kanak2 yang tak berdosa tu, semoga orang kahat tu dapat ditangkap dan diberi hukuman yang setimpal....

♥ Jawapan Utk Cer Teka Cer Teka Semalam ♥

ramai jugak yang berjaya teka dgn betul...
ada banyak yang ganjil dalam gambo ni
tapi yang paling ketara adalah
EJAAN "POLIS" tu dah jadi "POILS" plak.....

tahniah2 untuk yang tajam matanya bak burung helang, nampak je ye...
entry suka2 nak bagi kawan2 hilangkan monday blues...

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.