Followers

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Loading...

Friday, August 31, 2012

♥ ‘Berpesta’ pungut syiling atas lebuh raya ♥


PUNGUT...pengguna jalan raya memungut syiling yang bertaburan.
SEREMBAN: Menyedihkan apabila pengguna jalan raya seolah-olah ‘berpesta’ memungut syiling yang bertaburan di lebuh raya selepas kenderaan membawa wang itu terbalik dalam kemalangan di Kilometer 244 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), dekat susur keluar Pedas di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, pengguna jalan raya termasuk wanita bagaikan tidak mempedulikan anggota polis dan petugas lebuh raya yang turut berada di lokasi kejadian.

Mereka dilihat memasukkan syiling 50 sen, 20 sen dan 10 sen yang bertaburan di tengah dan tepi lebuh raya ke dalam beg serta plastik dibawa.

Malah, ada antara mereka sanggup bersila di atas rumput dan asyik memungut syiling itu walaupun ‘pemilik’ duit berkenaan berada di lokasi kejadian menyebabkan pihak berkuasa menutup laluan selama lima minit bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Tinjauan Harian Metro di lokasi kejadian mendapati ada pengguna sanggup mempertaruhkan nyawa memungut syiling di tengah lebuh raya tanpa mempedulikan kenderaan lalu lalang.


Pemandu pacuan empat roda membawa wang berjumlah lebih RM70,000 berkenaan yang dikenali sebagai Zairulhisham Mansor, 28, berkata kejadian berlaku selepas kenderaannya dilanggar daripada belakang oleh sebuah kenderaan lain.

“Akibat perlanggaran itu, pacuan empat roda yang saya pandu hilang kawalan lalu terbalik menyebabkan syiling dibawa bertaburan.

“Ketika itu, saya berada di lorong paling kiri dan bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan serius,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini.

Katanya, seorang rakan dalam pacuan empat roda bersamanya cedera ringan akibat kemalangan itu.

Harian Metro difahamkan, wang berkenaan milik sebuah syarikat pengedaran syiling dari Shah Alam, Selangor untuk dihantar ke beberapa pasar raya di Melaka.



Thursday, August 30, 2012

♥ Gempar !!! Pembunuhan Paling KEJAM Di Malaysia ♥




TAMPIN(5 Januari 2009) : Empat beranak ditemui mati dalam keadaan ngeri termasuk seorang tanpa kepala dipercayai dibunuh di dua rumah berasingan yang terletak berdekatan di Kampung Batang Rokan, Gemencheh dekat sini, semalam. Mangsa dikenali Atan Daud, 90, yang juga bekas imam masjid kampung berkenaan serta isterinya, Sofiah Katas, 80, menantu pasangan warga emas itu, Ismail Awang, 76, dan anak Ismail, Siti Khadijah Ismail, 22.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, berkata empat beranak itu dipercayai dibunuh kira-kira jam 10 pagi, tetapi kejadian berkenaan hanya disedari selepas seorang lagi anak Ismail, Siti Mariam, 18, pulang dari sekolah pada jam 3.30 petang. Berita Harian
  1. Atan Daud, 90-an : Putus Tangan Kiri
  2. Sufiah Katas 80-an : Putus Tangan Kanan
  3. Ismail Awang 60-an : Putus Kepala
  4. Siti khadijah 22 thn : Pisau Tercacak di Dada
Semoga diberikan kekuatan kepada budak perempuan itu yang juga adik suspek. Budak itu pastinya trauma untuk satu tempoh yang panjang. Beliaulah individu yang menjumpai mayat yang dalam keadaan yang sungguh mengerikan dan menyayat hati. Tanpa kepala, pisau tertusuk, tangan dipotong.
Pengajaran demi pengajaran yang sepatutnya diambil daripada tragedi pembunuhan kejam seperti ini, dengan harapan sekurang-kurangnya kejadian seperti dapat dielakkan dengan cara bertindak segera mendapatkan pertolongan dan berikhtiar walau dengan apa cara sekalipun, samada psikiatrik atau kaunselor(bergantung kepada situasi dan keadaan)   jikalau mendapati perubahan perangai yang janggal berlaku pada ahli keluarga kita. Kadang-kadang sekecil-kecil benda inilah yang boleh bawa masalah besar.
Antara masalah utama ialah stigma masyarakat yang mengaitkan Wad Psikiatrik/Doktor Pakar Psikiatrik dengan orang gila sehingga mereka menjadi segan dan malu untuk bertindak




P/S : Memang tidak boleh disangkal lagi tragedi pembunuhan Gemencheh, adalah pembunuhan paling kejam di Malaysia. Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa pembunuhan di Gemencheh ini dan salam takziah untuk keluarga mangsa semoga diberikan kekuatan untuk menerima ketentuanNya.
sumber :http://www.like10x.com

♥ Bermulanya & Berakhirnya 3 Syawal ♥

Cepat je masa berlalu, dah 3 Syawal...
3 Syawal kami beraya dikampung papa...siap pakat dengan geng nak bersama
my biras yang sekepala siap kalih jadual beraya deme lagik
nak sama2 konvoi beraya punyer pasal...
lepas sakan beraya dimurah My Mom, now sakan beraya dikampung plak...
destinasi kami yang pertama adalah...
Open House rumah my Xopismate dulu...
masuk ni dah tahun kedua kami pi...
tiap2 tahun mmg dia wat open house besar2an...
kasik layan gambar yang ada...

beraya di Alor Pongsu


Cik Damia Nurin Balqis In Pinky...
peminat tegar Bubur...segala bubur anak dara ni minat k...
tak kira la bubuq ape sekalipun...



kasi posing sikit...pewit.....cun habis anak dara mama ni...


kejap je dah masam uka balik...


ni la bodyguard Cik Balqis...
sepupu anak kepada abang papa yang no2...
deme mmg suka dok layan balqis
kat kampung apling best, tak payah tengok2kan balqis
dia mmg lupa daratan sikit, bila nak tido baru cari mamanya
dok 4 hari kat kampung langsung tak request susu...
dasyat tak?walapun pun time nak tido, sbb selalunya balqis terlena sendiri 
di sebelah sepupunya...leka main je kejenya...


we all with kawan mama yang pakai baju warna coklet tu...
oppss...(ternampak plak si putih kete raya kami kat blakang tu)


1 more pic...sian balqis pakai kasut raya tahun lepas je...
last minit cari kasut raya dia, leh plak dia tertido dalam stroller...
so jawabnya mmg tak beli la ye...


peace...bukan main suka ada bodyguard...


3 sekawan semain sesama sama2...

kawan lama mama, dah hampir 7 tahun kami berkawan....


balqis with autie Saripah...lupa plak mama nak snap2 bersama...
TQ ye kak sudi jemput kami every years
siap jemput untuk tahun depan lagik...


kasi peluang kat bebudak ni nak posing dalam kete k...
layan....



sepupu yang paling tua....anak abang papa yang No1


balqis mmg jenis cepat mesra, tak kira la dengan sape pun...nak2 kalo yang lebey kurang baya dia..




posing in pinky2 plak...


ni time ikut asyu beraya rumah kengkawan asyu
anak dara ni pantang la orang nak beraya sure nak ikut
balqis jenis suka bercampur dgn ornag dewasa
kalo dapat dia bercerita...ngalahkan mak nenek k...


sib baik ada yang rajin melayan, kawan2 asyu ni suka la layan si anak dara ni...
pot pet pot pet 24 jam....ada je benda yang nak disembangkan...

p/s patut la kat school Genius Aulad teacher class cakap balqis suka nyembang dgn kgkawan...haish anak dara ni menurun perangai papa la ni...mudah mesra & mesra alam gitu...

p/s ada 2 lagi citer raya, sambung senin nanti k...

♥ Bermulanya & Berakhirnya 2 Syawal ♥

Raya Ke2 plak...pagi2 semua dah bersiap2 nak beraya ke Perak...
jalan2 beraya ke rumah saudara mara My Mom & My Dad...
start dari Tapah sampai ke Batu Gajah
and on that day gak mama akan bertolah ke Bagan Serai
balik beraya blah papa plak...

perjalanan yang sangat2 jauh...kami beraya start dari kol 11pg, sampai ke Bagan Serai kol 12.30 malam...lama giler jalan jammed tak hengat k, start dari Ipoh sampai ke Sungai Perak...
sib baik time malam, so tak de la panas sangat...
ape pun time jammed syok gak, dapat merasa suasana pulang ke kampung...
nak2 nya kalo time tak leh nak berhenti kat R&R sebab dah sesak fully parking...
jom tengok gambo2 sebelum start acara beraya ke Perak...


Baju raya kedua mama...Biru Pokadot....
balqis dah tak pakai baju kurung, start pakai mini skirt plak...
terlondeh plak tali baju tu...awww......


team yang sama jugak pi ke Perak...


balqis with sepupunya Fitri...deme berdua ni mmg ngam
sampai naik kete pun nak kete yang sama
sbb nak tengok kartun dalam kete...
biler dipisahkan balqis mula la start nangis..


bunga besaq di kepala.....la la la la la ....


Ok destinasi pertama kat Tapah...rumah sedara sebelah My Mom
every years mmg raya rumah yang sama je...
tapi rumah pertama tak dan nak snap2 k
dah namanya blogger kejenya nak bergambo je...

then destinasi kedua kat Kampar Perak....
rumah sedara my mom gak...
cantik rumah nya & luas lamanya...so semapt la kami posing2


Asyu serba Hijau with anak buahnya....


Fitri with Balqis...
dari atas dah cantik balqis ni
tapi sampai part kaki kantoi..
pakai selipar je k...tahun ni tak de kasut raya...
so pakai je ape yang ada, tapi selipar tu sebanarnya selipar pakai kat rumah
balqis tak nak pakai kasut sebab sepupunya pun pakai selipar je..


ntah ape gaya gediks yang balqis wat ni..


muka ornag tak ikhlas nak bergambar...
resah nak main je kejenya...



kami semua yang beraya bersama...
bolat mata dah tecik tu...






hoyey dapat duit raya...part tu yang balqis paling suka
tapi yang paling mama tak gemar, balqis suka tak nyempat2 nak bukak jugak sampul raya tu
lom lagik kuar dari rumah orang dah dok siap2 nak nengok duit raya
al maklumlah budak dah pandai kira duit...


muka tak ikhlas nak bergambo...
dia dah penat nak bergambo sakan...
kejap je memek muka berubah dalam beberapa saat...

p/s raya tahun ni paling best, sbb banyak rumah yang kami dapat pi....
tamatlah sudah citer 2 Syawal....pasni citer 3 Syawal plak k...

♥ Berakhirnya 1 Syawal Yang Mulia ♥

Cerita kasi habis k...sambung lagik citer raya...ada yang dah jemu nak baca ke?
mama nak tepek jugak gambo time raya & nak citer gak...
after bersalam2 kat rumah my mom then kami makan2
lepas tu baru masing2 bersiap2 untuk berapa rumah sedara mara di KL
tahun ni raya pertama kat rumah my mom...
orang time raya kuar dari KL, kami time raya pi KL plak...
rumah pertama yang kami kunjungi adalah rumah Mak su mama...tapi tak snap2 pic la
time tu masing2 sibuk makan....

so rumah kedua yang kami pi....rumah Mak Long mama a.k.a Kakak Sulung My Mom....
sebab tahun ni dah sepakat nak konvoi kerumah sedara mara semua...
kami pi 3 biji kete....


balqis with anak kepada sepupu mama...
nampak cam sebaya, tapi balqis 5 years sebenarnya Dania 3 years
Damia Nurin Balqis with Puteri Dania Emelda


amoi bertocang 2...selalu tak mau tocang dua, time tu mood baik so nak bertocang plak


segala perhiasan nak letak atas kepala k...


Balqis so mata sepet...ramai kata mata sepet ikut papa...


Asyu balqis with Dania...

lepas isi perut makan laksa, lemang & ketupat...
tuan rumah bersiap2 nak ikut konvoi ke rumah seterusnya...
tambah lagi 2 biji kete...

seterusnya kami ke rumah Makcik mama a.k.a Adik My Mom....

sampai sini dah tengahari, so makcik mama hidang makan tengahari...
dapatlah pekena nasi putih & lauk pauk...
kalo tak time raya dok ngadap ketupat, rendang & lemang je la jawabnya...


balqis time ni dah siap mandi sbb lepak2 kat rumah makcik mama sampai ke petang
nak berkunjung kerumah lain tak leh, semua makcik2 yang lain ada yang balik kampung & ada yang tak de kat rumah...


bergambar bersama...we all mmg lengkap anak beranak dgn mak pak
mak long mama tak lengkap sbb anak2 ada yang beraya dikampung


balqis with Atok...



ni pakcik balqis, anak makcik mama...eh betul ke pakcik ek....
sama tinggi je dgn balqis padahal pakcik tecik balqis ni baru 3 tahun je...
balqis terlajak tecik molek...


lepas bertocang dua, kita bertocang ala2 korea plak k...

gitu lah kesudahan raya pertama kami.....
tak banyak snap2 pic la...pasni nak beli camera compact senang sikit nak snap2 pic sana sini....

penat tapi seronok dapat berkumpul beramai2....

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.