Followers

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Loading...

Monday, December 31, 2012

2013 bakal menggantikan 2012


Ari ni mamy cuti....kalo keje opis mamy  bg half day.....so mamy amik cuti half day malas nk keje smbung cuti dr mggu lepas....

Ari ni senIn terakhir thn 2012....salam tahun bru mamy ucapkn semoga tahun 2013 memberikn lebey kebaikann keberkatan kpd kita semua.....

Langkah 2013 we all dah siap2 jadual cuti2 malaysia...sbb balqis dh darjah satu nti dh x leh brcuti sesuka Hati je....
Kena la ikut jadual school holiday  ...cepat masa berlalu kan....
Tahun ni je last leh holiday ikut jadual we all yg suka holiday time weekdays....
Selamat tahun baru kepada semua reader....gmbr terakhir we all cuti2 terakhir tahun 2012....

balqis start school Genius Aulad 7 Jan 2013.....tahun terakhir jd student Genius Aulad.....

♥ Perh....Obsesi Fareeda ♥

Mamy terbaca kat FB kawan mamy, this komen from someone rasanya (Kat FB)
rumah kawan mamy tu mmg berdekatan sangat2 la dgn kedai ni
dia pernah citer kalo time sale, diornag bawak toto & anak2 tido kat CIMB kat situ
mmg obsesi betul la kalo camtu...

mamy pernah tengok kat Youtube pasal benda2 ni...
mmg beratur amik nombor dulu then leh masuk pun dalam 10 orang kot, pehtu leh beli 2 helai je
kalo nak beli banyak kena beratur lagik sekali...
mamy pernah tengok youtube Jehan Miskin & Fizo Omar pi Butik Fareeda ni


ni gambo yang di rakamkan oleh pengadu masa time sale rasanya...

My open letter to Fareeda Bangi. Thinking of following-up with letters to Local Authority, DUN and MP. Anybody can suggest proper procedure/hierarchy?


Salam Butik Fareeda, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi.

Gambar ini menunjukkan salah satu kereta daripada berpuluh-puluh buah kereta, yang dimiliki oleh pelanggan Fareeda, yang meletakkan kereta/parking di hadapan pintu pagar rumah saya sekaligus menghalang laluan kereta saya untuk keluar/masuk dari rumah sendiri.

Gambar ini diambil pada hari Sabtu, 22/12/2012 pada jam 11 pagi. Walaupun pagar rumah saya DIBUKA LUAS dan kereta saya diletakkan di laluan dalam rumah, namun pelanggan kurang bijak ini masih parking di hadapan pintu pagar rumah saya dan menghalang laluan. Walaupun pelanggan Fareeda ini meninggalkan nombor telefon tetapi hanya menjawab panggilan selepas beberapa kali dihubungi. 

Apabila pelanggan ini akhirnya muncul untuk mengalihkan keretanya, dia menjawab "ya" apabila ditanya adakah dia pergi ke butik Fareeda, dan ditangannya menjinjing dua beg kertas Fareeda.

Walaupun butik Fareeda tidak boleh mengawal tahap intelektual dan kesedaran sivik para pelanggannya, namun seharusnya tanggungjawab sosial butik Fareeda kepada penduduk sekeliling Seksyen 8 harus dituntut dan dititik beratkan. Sewajarnya butik Fareeda mengamalkan sistem pembelian yang lebih efektif dan tidak menyusahkan pelanggan dan penduduk setempat. Sewajarnya lagi pemilik Fareeda mencari lokasi yang tidak berhampiran dengan kawasan perumahan, contohnya di kawasan perniagaan 3B Curve atau Paragon. Tentunya tidak mendatangkan masalah kepada pemilik Fareeda yang telah mengaut keuntungan, untuk melaksanakan salah satu daripada cadangan tersebut.

Ingin juga saya menambah, ketika Jualan Masyhur yang berlangsung baru-baru ini, pelanggan-pelanggan tegar Fareeda telah berkampung/bermalam seawal jam 12 malam di kaki-kaki lima kedai di sekitar kawasan rumah saya. Saya juga terkejut apabila mereka telah beratur panjang pada jam 6.30 pagi, dan barisan ini memanjang sehingga ke kawasan perumahan. Ini mendatangkan rasa tidak selesa dan tidak selamat kepada saya dan keluarga.

Suka saya berpesan kepada pelanggan-pelanggan Fareeda supaya menunjukkan kalian Nyata Jelita juga mempunyai akal fikiran, timbang rasa, kesedaran sivik, tanggungjawab sosial dan sikap berhemah yang setimpal dengan harga tudung yang anda beli/pakai. 

p/s dasyat gak ek, mamy tak de pun tudung Fareeda ni...mamy pakai tudung biasa2 je...
tapi kalo berkampung dari tengah2 malam tu leh mengundang bahaya rasanya

p/s ape pendapat kengkawan?


Sunday, December 30, 2012

♥ Rebet RM200, Beli telefon pintar ikut kemampuan ♥


KUALA LUMPUR – Golongan belia dinasihatkan memahami bahawa tujuan di sebalik pemberian rebat RM200 oleh kerajaan adalah bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan memiliki telefon pintar.
Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, belia yang mampu membeli telefon pintar berharga lebih RM500 tidak perlulah memohon supaya peluang terbuka kepada individu lain yang kurang mampu memenuhi kuota 1.5 juta orang di bawah tawaran Pakej Komunikasi Belia itu.
“Jika mampu beli telefon pintar berharga RM1,000 hingga RM2,000, tidak perlulah mengharapkan bantuan kerajaan beli telefon.
“Belia perlu belajar tengok keperluan (rakan) yang lain, bukan tengok keperluan kita sendiri sahaja,” katanya kepada Bernama semalam.
Mohamed Maliki mengulas keresahan kalangan belia mengenai rebat itu yang hanya untuk pembelian telefon pintar berharga sehingga RM500.
Menurut beliau, telefon pintar dalam lingkungan harga tersebut tidak mempunyai fungsi yang mereka kehendaki dan meminta rebat RM500 itu dinaikkan.
Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi baru-baru ini dipetik berkata, telefon pintar 3G yang boleh dibeli melalui Pakej Komunikasi Belia itu untuk mendapatkan rebat RM200, hanyalah bagi telefon berharga sehingga RM500.


Friday, December 28, 2012

Packing2 Nk kemana tu......


Ari ni mamy cuti.....tgh kemas2 brg nk pi cuti2
Ala Dekat Je Pun....xcited nk Tido Hotel Je....then Balqis nk mandi Pool.....
Mamy cuti from Today Smpi Selasa..
Tahun depan baru Keje.....

Percutian trakhir utk tahun 2012....
sedeynya nk Tgglkn Kenangan 2012.....

Selamat TAHUN BARU untuk Semua....
Semoga Kita Semoga mndpt kbrkatan n dimurahkan Rezeki.....Aammiinn.....

Thursday, December 27, 2012

♥ My Baby New Born - Apple In My Heart ♥

Rindu budak bulat ni...tetiba rasa nak mengimbau kenangan lama plak
kejap je masa berlalu, 2013 balqis dah 6 years
pehtu dah masuk darjah satu, dup dap dup dap rasa jantung mamy ni...
macam2 dipikirkan....

igt lagik waktu melahirkan balqis, waktu membesarkan dia
penuh dengan suka duka, berjaga malam tak cukup tido
sampai opis mata bengkak
sbb balqis patern siang dok rumah pengasuh bukan main baik
malam dia buli mamy + daddynya
berganti2 la we all jaga dia blah malam....

sungguh indah memori itu...
dulu pangku muat je letak atas peha
la ni dah tak muat, nak pangku pu tak mau dah...
dah besaq katanya


ni masa 2 bulan lebey...
nampak chubby kan
padahal balqis lahir 2.48kg je
mmg dari tecik badan kurus
sampai la besaq...


dari tecik dia mmg suka berdandan, tak kisah la mamy pakai kan ape pun


haq ni lawok, car seat lagik besaq dari tuannya...
tak de gigi lagik masa ni..


ni masa nak cukur jambul
macam reben la mamy beli.....


mata nampak bulat, tapi sebenarnya sepet ikut daddynya....
muka tak tau a ikut sape, ada gak yang cakap masa balqis tecik2
tak ikut muka sape2 pung...


ni masa dah pandai menapak...masa ni sonot, sbb tengok balqis baru nk pandai berjalan...
terkedek2 melangkak....umur genap setahun baru pandai jalan dgn jayanya....


now dah 5 tahun...cepat je kan...
dah pandai bergaya + melaram....
see satu sut nak merah...kasut tu request sendiri nak ala2 ballet 




jangan borink ye, blog ni mmg penuh gambo balqis
tiba2 rasa nak ngulit kenangan...

anak oh anak, moga dikau menjadi anak yang solehah & membahagiakan kedua ibu bapamu
mamy + daddy sentiasa mendoakan yang terbaik untuk balqis....Aammiinn....

sonot la balqis kan, banyak moment dia dari tecik yg sempat mamy capture untuk tatapan dia bila dah besaq nanti, bila dah remaja belasan tahun, time tu mamy akan bukak balik album gambo ni semua, then mamy akan ceritakan perkembangan balqis masa tecik2 dulu....
mamy masa tecik2 dulu tak banyak sangat gambo2 kenangan camni....

p/s tiba2 entry touching plak....

♥ Tahniah!!! Pemenang Mamy Balqis with Kleenex® Share the Softness - GiveAway For Charity ♥



Tahniah Mamy ucapkan untuk senarai nama pemenang dibawah
sorry lewat sangat umum pemenang....
ok mamy umumkan untuk hadiah Saguhati dulu k....

hadiahnya adalah:
1x RM5 Voucher MPH untuk 3 orang pemenang bertuah....
(mamy pilih thru random.org k)

ELISS ME
NAD @ MAMAZN
PINK UMMI

tahniah diucapkan.....

untuk kategori ke3
(pemenang akan dipilih berdasarkan "LUCKY DRAW")

dan hadiah yang menanti anda adalah.....

(Contoh Voucher)
 1x RM10 Voucher MPH
 Barangan Tajaan dari Kleenex (lihat gambar dibawah)






Sila rujuk 3rd Category....(mamy pilih thru random.org k)


ZANZILA

tahniah diucapkan.....

then 2nd category plak
bakal menerima hadiah berupa,


Contoh Voucher)

 1x RM10 Voucher POPULAR
 1x RM10 Voucher MPH
 Barangan Tajaan dari Kleenex (lihat gambar dibawah)



                               
Pemenang untuk KOMEN TERBAIK adalah,





DUNKER 5.....

tahniah diucapkan.....

Dan berikut Hadiah yang ditawarkan untuk pemenang kategori pertama,


 1x RM15 Voucher MPH
 1x RM10 Voucher POPULAR
 1x RM10 Voucher Jusco
 1x Key Chain From MELAKA
 Barangan Tajaan dari Kleenex (lihat gambar dibawah)






dan pemenangnya adalah

V












V
























V






























V



























V




NANA

Tahniah kepada semua pemenang...
kepada yang tak menang jangan tecik hati k, nanti senang2 mamy wat simple2 GA
now dah bz tak larat nak handle any contest @ GA...

so kepada semua pemenang sila email nama, alamat & no tepon ke,
(sila nyatakan anda menang kategori yang mana satu k)

anda diberi tempoh 1 minggu untuk claim hadiah...hadiah mamy pos Rabu minggu depan k, sebab mamy cuti from Jumaat - Selasa minggu depan....

p/s esok mamy cuti we all nak tido Hotel la....la.....la......la.....penutup cuti2 tido Hotel untuk tahun 2012

Wednesday, December 26, 2012

♥ Baru PUAS Hati Daddy!!!! ♥

last 3 week belinya pun...baru nak citer...bukan "baru nak citer" tp "itu pun nk citer"
kisah beli kabinet kasut....daddy beli pun tanpa tanya mamy dulu k
that time daddy cuti...isu kasut bersepah ni dah lama sesangat daddy hangin
tapi mamy wat dunno je...ha ha ha...
last2 balik keje tengok dah ada rak kasut baru
mak ai tinggi giler...10 tingkat semuanya
daddy siap cakap kalo tak muat tak tau la...simpan dalam bilik je semua kasut...ha ha ha
perli nampak...rak kasut lama wat tempat simpan selipar...


tapi yang sebenarnya kasut mamy tak banyak mana pun
2 tingkat je kasut mamy
kasut daddy pun 2 tingkat 
haq tingkat bawah yang mewakili 5 stage tu & 1 stage blah atas tu.....
semua dimonolopi oleh Balqis
jangan tak tau, anak dara ni punyer koleksi kasut lagik banyak dari mamy & daddynya...
we all berdua baru 4 tingkat
dia sorang dah 6 tingkat, bayangkan 1 tingkat tu berapa kasut leh susun
kalo kasut size balqis ni....ha ha ha...
balqis now dah pandai shopping kasut k...

pi jalan2 dia bukan kabinet pilih kasut sendiri...
mamy yang sebenarnya suka belikan untuk dia...
mamy ni mmg keje banyak berabih duit untuk balqis la...
nafsu untuk diri sendiri mmg kureng....sejak dah ada balqis
lagi plak sejak dia dah meningkat dewasa ni...
mmg jadi "mangsa fesyen" la anak dara ni....
dah mamynya tak boley nak berfesyen dek kerana daddy tak bagi
so macam2 gaya kasut la dak balqis ada....this week kena kemas baju+kasut & barang2 lain
nak pi dermakan kat orang yang lebey memerlukan...

p/s bak kata daddy, lagik besaq rak kasut, lagi banyak pulun beli kasut ek...la la la la la...
p/s baru puas hati daddy

♥ Boley Reserved Rupanya ♥

Last week mamy pi Padini kat opis mama ni yg kat Ikano tu
mamy beli suar untuk balqis
now balqis dah kurang pakai jeans
mamy bagi pakai suar slack camni plak...
mamy beli size 5years...
nak cari yang skinny tak de la plak
dalam Slim Fit je....


balik rumah soh anak dara torai sekalinya besaq la plak...
adei mamy confuse kalo bab beli suar anak dara ni
size mesti kurang dari umur sebenarnya...
so kena tukar size la nampak gayanya

then mamy pi Padini
tapi lupa la plak bawak suar nak tukar tu
then tengok2 tinggal sehelai je size 3 Years...
adei risau plak takut tak sempat nak tukar dah habis stok
so mamy tanya promoter camne nak tukar size 
mamy lupa bawak baju, then size yang mamy nak tu tinggal satu je...
then promoter tu cakap leh reserved...


dia bagi resit ni untuk reserved...
mamy mmg tak tau plak leh reserved 
rupanya kalo kita kenan mana2 baju leh reserved dulu untuk 3 hari
kalo nak tukar size leh reserved sebulan...
sebab T&C tukar barang dalam masa sebulan
dengan syarat jangan cabut tag & kena bawak resit...

so arini time lunch nanti jalan kaki pi Padini jap tukar size...

p/s mamy baru je tau...he he he orang kampung sungguh...orang lain dah lama tau...

Monday, December 24, 2012

♥ Dia & Gayanya ♥



sonot dapat paw mamy...
tapi Rm10 leh la mamy belanja k...kalo lebey sila soh daddy bayar
mama kan "Terdekut" bak kata Tisya Anak amy kat Mamanya...
anak2 dah pandai k...






bukan main suka lagik dapat main benda2 alah kat sini
kat KL mmg x jumpa la lagi haq canggih2 kat sini
kat Queensbay je ada k...




perh penuh satu trolley....


dia lagik sibuk nak tarik trolley...


sesi mengepaq soh beli nak tampal kat Ipad dia...
excuse me that one for Lappy je k...
tak valid untuk Ipad balqis...
dengan nada kecewa "yeke"...


malas nk citer panjang2 ni gambo2 yang sempat di snap2 masa we all kat Penang aritu...
tengah tunggu daddy ronda2 kedai gadget...
sampai ke Penang cari k...
lawak tol we all cuti2 pi bershopping....

gambo lain dalam dslr...lupa nak bawak sbb tak de hati nak keje arini...leh gitu...

♥ Syok Sendiri - Addicted Cermin ♥


ni gambo masa kat Queensbay Mall weekend ari tu


budak comel ni syok sendiri kalo dapat tengok cermin
tak kira la kat mana pun, pantang nampak cermin...sure nak bergaya depan cermin
pose syok sendiri k...
jenis suka tengok diri sendiri dalam cermin...
perangai sape la yang diikutnya ni....
sekarang dah makin menjadi2 suka melaram k...pakai baju pun nak pilih sendiri
match dengan suar @ skirt + kasut jugak + stoking...
gaya rambut pun nak sendiri punyer citarasa
b4 this rambut depan tu mamy potong bagi pendek...now nak simpan panjang
blah depan tu nak tolak ke tepi...gaya lagak cam orang dewasa....




ni plak gambo masa kat Queensbay Mall last years
tempat yang sama...we all mmg peminat fanatik QueenBay....ha ha ha...



p/s malasnya nak koje arini...esok cuti...yey....

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.