Followers

Monday, May 27, 2013

♥ From Balqis To Damia ♥

Damia Nurin Balqis....


masa awal kelahiran balqis, saya panggil balqis "Aqish"...
oleh kerana nama panggilan yang kami panggil tu tidak memberikan ape2 makna yang baik untuk anak kesayangan kami....makanya kami telah menukar nama panggilan
"Aqish" kepada "Balqis"
rasanya sekitar tahun 2011 camtu baru start panggil nama "Balqis"...

Ok now slowly akan bertukar from Balqis to "Damia"....
eh kenapa plak nak tukar?
mmg masa kami menamakan balqis, kami cari makna yang baik untuk nama berkenaan yg membawa maksud

Damia Nurin Balqis
Cahaya Kebijaksanaan Seorang Puteri.....

saya ada terbaca entry blog nana mengenai maksud nama2 Islam...
then saya terus mengoggle untuk mengetahui lebey lanjut mengenai perkara berkenaan...
dalam entry Nana ada menyebut mengenai 

Nama-nama yang sering diganggu Jin

1. Balqis

2. Kistina/Qistina

3. Najwa

4. Zakuan
5. Batrisha
6. Erisha
7. Mazda

Ustaz Sharhan juga ada beri tahu kalau dah bagi nama-nama seperti ini perlukah untuk pergi jabatan pendaftaran untuk tukar nama? hehe, tidak sebenarnya, hanya tukar cara panggilan nama tersebut. Contoh jika nama Siti Najwa, panggil saja nama Siti.. jangan panggil Najwa.



Ustaz Sharhan jelaskan, nama seperti di atas memang mempunyai maksud yang baik/maksud yang indah, cuma dalam perubatan Islam nama-nama ini sering digunakan oleh Jin. – Wallahua’lam


tetapi selaku pengamal perubatan Islam (Ustaz Sharhan) dia lebih tahu kerana dia orang yang selalu berurusan dengan Jin , mungkin kenyataan beliau betul sebab kita tak ada ilmu berkaitan ini.. beliau lebih arif mengenainya, jadi kita perlulah menghormati pendangan beliau selalu pengamal perubatan Islam.


Menurut pandangan Ustaz Sharhan lagi lebih kurang 60%-70% orang yang datang berubat terkena penyakit misteri adalah bernama seperti di atas..

P/s: Nama-nama ini berdasarkan kajian dan pengalaman Ustaz Sharhan dalam mengendalikan kes dalam Perubatan Islam.


nana dapat artikal berkenaan melalui petikan Ustaz Sharhan...
kalo nak tengok kat Youtube pun boley

terima kasih kepada nana sbb wat entry ni, kalo tak mmg saya pun tak perasan benda ni....
oleh yang demikian, kami mengambil pendekatan
untuk menukar nama panggilan balqis dari "Balqis ke Damia"
bukankah nama panggilan "Damia" (Bijaksana) lebey molek maknanya....
kita seharusnya memanggil nama anak kita dengan nama yang memberi makna kerana ianya merupakan satu doa bila setiap kali kita memanggilnya

so from nama "Aqish" yang langsung tak memberi makna then risau plak kalo dalam perkataan arab ianya memberikan makna yang tidak baik, maka kami tukar ke "Balqis"....then oleh kerana Ustaz Sharhan mengatakan nama "Balqis" sering diganggu oleh Jin....makanya kami bertukar nama panggilan balqis kepada "Damia".....

Tak salahkan, mana yang elok kita ikut.....walaupun setakat ni tak de ape2 yang ganggu & ape2 perkara mistik yang terjadi pada damia....tapi kita amik pendekatan yang elok k....sbb nama balqis pun 3 patah perkataan...balqis pun dah start bahasakan diri dia "damia",
we all slowly membiasakan diri
dengan nama panggilan berkenaan....demi anak & untuk anak....

9 comments:

syawalsimpsons said...

sue pon ada tau pasai nama yang di ganggu jin ni kan...ok la kan, mana yang baik, kiter buat kan

JaSSNaNi said...

ooooo camtu.. ok ok.. noted!.. lepas ni kita panggil damia.. :)

Teena Tna said...

Pernah dengar jugak nama2 yg jin suka.. Tp x taw sgt, nama Damia pun sedap jugak.ok la tu comel mcm tuan dy jgk

Nana said...

damia lg baik makna dia kan bijak
Tiap ari sebut nama damia moga dia sebijak maksud nama dia amin

zarena heeney said...

bagus info nie

atty's said...

betui tu anje..baik panggil ngn nama yg baik panggilan dan maknanya .

Adlin Mohamad said...

mana yg terbaik kita usaha je anje ..
mudah mudahan dia serasi dgn panggilan baru ni

Kakizan Omar said...

Nama tu satu doa kan... jadi setiap kali sebutan adalah doa untuk anak.. :D

Zura@Iwan said...

nnti kena pggil Damia la yer...

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.