Followers

Tuesday, September 29, 2015

♥ Blogger Review @ PLAYDOH - “Membentuk Kepelbagaian Komuniti” untuk The Malaysia Book of Records Part 1 ♥

Sabtu minggu lepas mamy as a blogger dapat jemputan untuk memeriahkan lagi event Playdoh
“Membentuk Kepelbagaian Komuniti” untuk The Malaysia Book of Records

Acara Start pada 9.30pg kat One Utama, cam biasa Alhamdulilalh sampai awal 
so dapat la register awal...
tak lama lepas kami register, ramai pengunjung datang register...

Kuala Lumpur, 26 September 2015: Sambutan Bulan PLAY-DOH® yang julung kali diadakan di Ground Floor Highstreet 1 Utama membawa persembahan menarik dan berwarna-warni sepanjang minggu, di mana seisi keluarga mencipta rekaan PLAY-DOH®  berilhamkan Malaysia dan pada masa yang sama berseronok dengan pelbagai aktiviti menarik!   


“Telah lebih lima dekad PLAY-DOH® menjadi alat pembelajaran dan kreativiti, dan ini adalah satu warisan berharga untuk diraikan bersama rakyat Malaysia! Sambutannya amat menggalakkan dan kami sungguh bangga apabila orang ramai dari seluruh lapisan masyarakat dan usia tampil untuk menyertai aktiviti kami dalam usaha untuk “membentuk kepelbagaian komuniti” sebagai penghargaan kepada keunikan budaya dan warisan Malaysia,” kata Cik Regina Toh, Pengurus Pemasaran, Malaysia & Singapura.   



Kompaun PLAY-DOH®  boleh dioleh dengan pelbagai cara, pilihan warna dan peralatan untuk membentuk apa sahaja bentuk. Ini memberi kebebasan kepada setiap orang untuk melahirkan kreativiti dan imaginasi mereka. Ikon makanan dan buahan popular, mercu tanda terkenal, pakaian dan budaya Malaysia ditampilkan dengan megah semasa roadshow Bulan PLAY-DOH® yang penuh kemeriahan yang telah diadakan sejak 21 September lalu.


Kemuncak sambutan ini adalah usaha untuk mencapai rekod The Malaysia Book of Records untuk mencipta rekaan PLAY-DOH® paling banyak dalam masa satu hari yang diadakan pada 26 September (Sabtu). Setiap ukiran dipamerkan di pentas PLAY-DOH® gergasi  dalam pelbagai warna dan kreativiti demi menampilkan kepelbagaian komuniti Malaysia. 


Di samping itu, ukiran paling kreatif dalam dua kategori akan memenangi hadiah eksklusif PLAY-DOH®! Kategorinya ialah 

1) Ukiran PLAY-DOH® terbaik (bawah 12 tahun), 
2) Ukiran PLAY-DOH® terbaik (13 tahun ke atas)!

 Ukiran yang memenangi pertandingan ini juga akan dipamerkan dalam laman sesawang PLAY-DOH®.



The winners for the Most Outstanding Play-Doh sculptures created at the event were also announced on Saturday and they are 7-year-old Aina Qistina (basket of local fruits) 


and a 36-year-old Dad, Alvin Teoh (Doh Doh sculpture).


The image above was taken at the closing ceremony when the record number was announced, in the evening,
(Right) Ms Evelyn Hah, Country Manager of Hasbro Toy Malaysia & Singapore unveils the final number of sculptures with Ms Lee Pooi Leng, The Malaysia Book of Records Official, witnessed by Doh Doh, Play-Doh's beloved official mascot!

Maskot PLAY-DOH® juga muncul beberapa kali untuk memberi peluang kepada kanak-kanak yang begitu teruja bergambar bersama Doh Doh. Pengunjung muda ini juga berpeluang mempelajari teknik baru di PLAY-DOH® School, melakukan eksprimen di tapak permainan bebas dan mencuba set permainan PLAY-DOH® Cupcake Celebration Playset dan Swirl and Scoop Ice Cream baharu di Sweet Shoppe istimewa! 



Tahniah mamy ucapkan kepada pihak Playdoh kerana berjaya mencipta The Malaysia Book Of Records....

Ok sambungannya mamy wat entry berikutnya k....

2 comments:

mummy_ayu said...

wah..meriahnya. Ayu tak dpt gie..tukar plan last minit. Anje gie tak?

eima said...

wahh menarik dan tahniah anje

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.