Followers

Wednesday, September 30, 2015

♥ Tips Membeli Beg Tangan ♥

Handbag & wanita mmg sinonim dan tak dapat dipisahkan
rata2 wanita diluar sana suka menggayakan handbag masing2
handbag telah menjadi aksesori wajib untuk setiap wanita
mamy ingin kosgsikan sedikit info mengenai Tip membeli beg tangan



Pemilihan beg tangan wanita yang terbaik mampu menyerlahkan lagi penampilan anda.            Wanita jarang menukar beg tangan mereka setiap hari dan majority daripadanya akan menggunakan beg tangan yang sama untuk suatu tempoh yang amat panjang. Oleh itu, adalah penting untuk anda membuat pilihan yang bijak. Berikut merupakan beberapa aspek yang harus anda ambil kira ketika ingin membeli beg tangan;


1.      Saiz

Kenali saiz badan anda terlebih dahulu. Jika anda mempunyai tubuh badan yang kecil, jangan beli beg tangan yang terlalu besar. Dan jika anda adalah seorang wanita yang tinggi lampai, penggunaan beg tangan yang bersaiz kecil adalah BIG NO!


2.     Kegunaan

Aspek yang kedua terpenting adalah tentang kegunaan beg tangan tersebut. Anda harus tahu tujuan anda membeli beg tangan tersebut. Adakah anda ingin membawa beg tersebut ke pejabat, atau ke majlis makan malam, atau mungkin sebagai beg harian? Dan kedua, apakah anda ingin memuatkan barangan tertentu ke dalam beg tersebut? Sebagai contoh, jika anda ingin memuatkan barangan peribadi seperti laptop, beli backpack seperti di atas untuk memudahkan pergerakkan anda.


3.     Bentuk

Seterusnya, beli beg tangan yang mempunyai bentuk bertentangan dengan tubuh badan anda. Contohnya, jika anda mempunyai bentuk badan yang sedikit berisi dan gempal, bentuk beg tangan bersegi merupakan pilihan yang terbaik. Sebaliknya, jika adan bertubuh langsing dan tinggi, gayakan beg tangan yang berbentuk bulat atau oval seperti contoh berikut. 



4.      Rekaan

Dan aspek yang terakhir adalah rekaan beg tangan tersebut. Perkara pertama yang anda harus ambil kira adalah personality anda sendiri. Adakah anda gemar merupakan seorang wanita yang feminine dan gemar memakai dress atau seorang yang gemar bergaya dengan jeans dan t-shirt. Ia terpulang kepada citarasa anda sendiri dan jika anda seorang penggemar fesyen, buat sedikit research di internet mengenai trend fesyen terkini!




ada juga wanita yang gemar wat koleksi handbag
ada pelbagai jenama, design, warna dan bentuk, terpulang pada citirasa & pilihan masing2

TQ pada yang sudi baca.....

3 comments:

Nieyl said...

Singgah pagi...
suka jugak buat koleksi beg..tapi...
lama² semua bagi kat org..sbb xde tempat dah nak simpan barang²...

Eliss Mie said...

jarang tukar handbag..hehehe. pakai sampai teruk sangat , tercabut kulit sana sini baru tukar.hehehe

Ummu Athiyah Ismail said...

selamat pagi..


Nice sharing :)

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.