Followers

Wednesday, September 30, 2015

♥ Tips Membeli Beg Tangan ♥

Handbag & wanita mmg sinonim dan tak dapat dipisahkan
rata2 wanita diluar sana suka menggayakan handbag masing2
handbag telah menjadi aksesori wajib untuk setiap wanita
mamy ingin kosgsikan sedikit info mengenai Tip membeli beg tangan



Pemilihan beg tangan wanita yang terbaik mampu menyerlahkan lagi penampilan anda.            Wanita jarang menukar beg tangan mereka setiap hari dan majority daripadanya akan menggunakan beg tangan yang sama untuk suatu tempoh yang amat panjang. Oleh itu, adalah penting untuk anda membuat pilihan yang bijak. Berikut merupakan beberapa aspek yang harus anda ambil kira ketika ingin membeli beg tangan;


1.      Saiz

Kenali saiz badan anda terlebih dahulu. Jika anda mempunyai tubuh badan yang kecil, jangan beli beg tangan yang terlalu besar. Dan jika anda adalah seorang wanita yang tinggi lampai, penggunaan beg tangan yang bersaiz kecil adalah BIG NO!


2.     Kegunaan

Aspek yang kedua terpenting adalah tentang kegunaan beg tangan tersebut. Anda harus tahu tujuan anda membeli beg tangan tersebut. Adakah anda ingin membawa beg tersebut ke pejabat, atau ke majlis makan malam, atau mungkin sebagai beg harian? Dan kedua, apakah anda ingin memuatkan barangan tertentu ke dalam beg tersebut? Sebagai contoh, jika anda ingin memuatkan barangan peribadi seperti laptop, beli backpack seperti di atas untuk memudahkan pergerakkan anda.


3.     Bentuk

Seterusnya, beli beg tangan yang mempunyai bentuk bertentangan dengan tubuh badan anda. Contohnya, jika anda mempunyai bentuk badan yang sedikit berisi dan gempal, bentuk beg tangan bersegi merupakan pilihan yang terbaik. Sebaliknya, jika adan bertubuh langsing dan tinggi, gayakan beg tangan yang berbentuk bulat atau oval seperti contoh berikut. 



4.      Rekaan

Dan aspek yang terakhir adalah rekaan beg tangan tersebut. Perkara pertama yang anda harus ambil kira adalah personality anda sendiri. Adakah anda gemar merupakan seorang wanita yang feminine dan gemar memakai dress atau seorang yang gemar bergaya dengan jeans dan t-shirt. Ia terpulang kepada citarasa anda sendiri dan jika anda seorang penggemar fesyen, buat sedikit research di internet mengenai trend fesyen terkini!




ada juga wanita yang gemar wat koleksi handbag
ada pelbagai jenama, design, warna dan bentuk, terpulang pada citirasa & pilihan masing2

TQ pada yang sudi baca.....

Tuesday, September 29, 2015

♥ Blogger Review @ PLAYDOH - “Membentuk Kepelbagaian Komuniti” untuk The Malaysia Book of Records Part 1 ♥

Sabtu minggu lepas mamy as a blogger dapat jemputan untuk memeriahkan lagi event Playdoh
“Membentuk Kepelbagaian Komuniti” untuk The Malaysia Book of Records

Acara Start pada 9.30pg kat One Utama, cam biasa Alhamdulilalh sampai awal 
so dapat la register awal...
tak lama lepas kami register, ramai pengunjung datang register...

Kuala Lumpur, 26 September 2015: Sambutan Bulan PLAY-DOH® yang julung kali diadakan di Ground Floor Highstreet 1 Utama membawa persembahan menarik dan berwarna-warni sepanjang minggu, di mana seisi keluarga mencipta rekaan PLAY-DOH®  berilhamkan Malaysia dan pada masa yang sama berseronok dengan pelbagai aktiviti menarik!   


“Telah lebih lima dekad PLAY-DOH® menjadi alat pembelajaran dan kreativiti, dan ini adalah satu warisan berharga untuk diraikan bersama rakyat Malaysia! Sambutannya amat menggalakkan dan kami sungguh bangga apabila orang ramai dari seluruh lapisan masyarakat dan usia tampil untuk menyertai aktiviti kami dalam usaha untuk “membentuk kepelbagaian komuniti” sebagai penghargaan kepada keunikan budaya dan warisan Malaysia,” kata Cik Regina Toh, Pengurus Pemasaran, Malaysia & Singapura.   



Kompaun PLAY-DOH®  boleh dioleh dengan pelbagai cara, pilihan warna dan peralatan untuk membentuk apa sahaja bentuk. Ini memberi kebebasan kepada setiap orang untuk melahirkan kreativiti dan imaginasi mereka. Ikon makanan dan buahan popular, mercu tanda terkenal, pakaian dan budaya Malaysia ditampilkan dengan megah semasa roadshow Bulan PLAY-DOH® yang penuh kemeriahan yang telah diadakan sejak 21 September lalu.


Kemuncak sambutan ini adalah usaha untuk mencapai rekod The Malaysia Book of Records untuk mencipta rekaan PLAY-DOH® paling banyak dalam masa satu hari yang diadakan pada 26 September (Sabtu). Setiap ukiran dipamerkan di pentas PLAY-DOH® gergasi  dalam pelbagai warna dan kreativiti demi menampilkan kepelbagaian komuniti Malaysia. 


Di samping itu, ukiran paling kreatif dalam dua kategori akan memenangi hadiah eksklusif PLAY-DOH®! Kategorinya ialah 

1) Ukiran PLAY-DOH® terbaik (bawah 12 tahun), 
2) Ukiran PLAY-DOH® terbaik (13 tahun ke atas)!

 Ukiran yang memenangi pertandingan ini juga akan dipamerkan dalam laman sesawang PLAY-DOH®.



The winners for the Most Outstanding Play-Doh sculptures created at the event were also announced on Saturday and they are 7-year-old Aina Qistina (basket of local fruits) 


and a 36-year-old Dad, Alvin Teoh (Doh Doh sculpture).


The image above was taken at the closing ceremony when the record number was announced, in the evening,
(Right) Ms Evelyn Hah, Country Manager of Hasbro Toy Malaysia & Singapore unveils the final number of sculptures with Ms Lee Pooi Leng, The Malaysia Book of Records Official, witnessed by Doh Doh, Play-Doh's beloved official mascot!

Maskot PLAY-DOH® juga muncul beberapa kali untuk memberi peluang kepada kanak-kanak yang begitu teruja bergambar bersama Doh Doh. Pengunjung muda ini juga berpeluang mempelajari teknik baru di PLAY-DOH® School, melakukan eksprimen di tapak permainan bebas dan mencuba set permainan PLAY-DOH® Cupcake Celebration Playset dan Swirl and Scoop Ice Cream baharu di Sweet Shoppe istimewa! 



Tahniah mamy ucapkan kepada pihak Playdoh kerana berjaya mencipta The Malaysia Book Of Records....

Ok sambungannya mamy wat entry berikutnya k....

Friday, September 25, 2015

♥ Salam AidilAdha Smua ♥

Salam AidilAdha kepada semua rakan2
lambat update blog
arini mamy cuti dok rumah dgn damia
daddy keje, 


Wednesday, September 23, 2015

♥ Puasa Sunat Arafah ♥



Semoga puasa kita pada hari ini mendapat keberkatan dari yang Maha Esa...Aammiinn....

Tuesday, September 22, 2015

♥ Holiday Trip To JB - Food Review ♥

1st time sampai kat JPO
kesian kan, ornag lain dah banyak kali smpi kami baru 1st time sampai



Restoran Singgah Selalu. Terletak di Jalan Kolam Air, berdepan dengan Danga Bay tetapi di seberang jalan juga berhampiran jalan masuk ke Istana Bukit Serene. Ini boleh dikatakan tempat lepak untuk golongan muda kerana ianya agak happening dan dibuka 24 jam, waktu siang disediakan dengan pelbagai bufet makanan melayu, malam pula pelbagai seafood dan ala carte. 

credit to Sumber Rujukan Blog 


disebabkan tak pakar makanan mana yang sedap kat area JB
so we all google je la
tengok review dari blog2 lain
then lepas tu cari kat waze then jumpa kita try
ada beberapa gambar yang x tau mana hilangnya


makan malam kami singgah kat Restoran Singgah Selalu
tapi kami x leh la singgah selalu,
sbb holiday 3h 2m je
ok jom tengok menu yang kami order


cam biasa daddy penggemar tegar udang sambal petai




ayam paprik




sup tom yam
masa mula2 nak order, macam2 menu la daddy order
ada dekat 6 menu la
al maklum lah kami mmg jenis suka try & mkn lauk byk
skalinya tukang amik order tnya, order ni untuk mkn berapa orang
kami jawab mkn berdua
skalinya dia gelak, cakap banyak sgt kami order
sbb setiap hidangan tu saiznya besar wlpn kami order utk 2 orang mkn
mula2 cam x caya, skali dapat, m,mg banyak
jenuh gak la kami habiskan makanan tu


 Restoran Seri Bayu Perdana. Restoran ini terletak di Jalan Susur Larkin Perdana 2 , Larkin, Johor Bahru. Menyediakan lebih daripada 40 jenis aneka lauk-pauk masakan Melayu. Menariknya pernah memasuki rancangan Jalan-jalan Cari Makan dan juga dikunjungi artis-artis terkenal tanah air seperti Amy Search, Datuk Siti Nurhaliza, Alleycats, Jalil Hamid



Mee Bandung Abu Hanifah

Jalan Abdullah, Muar, Johor 84000
ni plak time on the way lik dari JB
hasil menggoogle jgk la ni

teringin nak makan Mee Bandung Muar




memang sedap,
siap bungkus bawak balik lagi
almaklumlah bukan slalu mai JB
then bukan senang nak jumpa makanan ori camni kan...
sop ada peluang kami try semua makanan yang direkemen orang blogger2

p/s pasni citer pasal holiday Singapore plak ye....

♥ NinjaGo @ The Curve ♥

LEGO NinjaGo Battle Dojo
Venue: Concourse, The Curve Mutiara Damansara, Selangor
Date: 16 to 27 September 2015
Time: 10am to 10pm

Lego - Ninjago Battle Dojo
Exciting Games and more
- Meet & Greet with Kai, Ninjago Battle Dojo, Ninjago Movie Theater, Play Table and many more





sesambil u all pi NinjaGo kat The Curve
kengkawan leh join contest yang sedang berlangsung
butiran seperti berikut

Instagram contest "What's Your Favorite Ninja Moves".
1. Berikan gaya aksi Ninjago terbaik korang wajib disertakan caption:
"I want to win a ‪#‎LEGONinjagoMy‬ gift hamper from LEGO Malaysia. Here's my ‪#‎MoveLikeANinjago‬!".
2. Hantar sebanyak mungkin penyertaan dengan gaya paling kreatif watak Ninjago sama gambar atau video. Rujuk [CONTOH] gambar.
3. Markah tambahan untuk penyertaan memakai kostum Ninja atau menggunakan produk LEGO.
3 pemenang paling kreatif akan menerima hamper LEGO Ninjago bernilai RM600.
Tempoh peraduan Instagram contest: bermula 16 - 27 Sept, 11.59pm.
Jom hantar gambar terbaik Ninjago!!!




so kami pun amik peluang yang ada untuk bergambar




then cam biasa damia mesti nak main lego
lego kat rumah tak nak main
sibuk nak main lego kat sini
jom tengok ape hasil yang damia wat



tada, damia wat kete, ni kete daddy katanya




x dpt nak bygkan lg ape benda yang damia tengah wat tu


then ada acara pertunjukan & bergambar dengan NinjaGo jgk 
tapi damia dah kemaruk nak main lego
dia tak nak bergmabar langsung


tada...dah siap pun hasil kretiviti damia


kasi close up sikit
ni garaj untuk kete daddy katanya





satu kete daddy, satu kete mamy


imiginasi & kretiviti kanak2


ada kolam renang skali k
pastu yang kelabu blah atas tu CCTV katanya...
ha ha ha....dasyat2


peace, damia & hasil legonya
damia ni mmg jenis penakut tol
dia tengah main orang lain amik mainan yang dia dah wat
dia leh dok diam je, end up panggil mamy dok sebelah
katanya kalo mamy dok sebelah orang lain tak berani nak amik mainan dia
bukan dia sendiri nak pertahankan mainan dia....





dekat sejam lebey dok kat sini
tak pe la kasi chance kata cuti sekolah kan
so kasi la dia main puas2
lagipun cuti sekolah kali ni x da pi holiday kemana2 pun sian damia

masa mula2 main Lego ni katanya x mau pi Playground
tapi skalinya lepas habis main dia ajak pi playground la plak
ok kita sambung next entry 

Damia @ PlayGround Smaland Ikea...

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.